Dua Pemandu Lori Tesco Dibuang Kerja Tanpa Alasan Munasabah

2 pekerja yang bekerja sebagai pemandu lori di Tesco Gopeng dibuang kerja tanpa alasan munasabah. Mereka berdua mula bekerja di Tesco pada tahun 2014 sehinggalah mereka dibuang kerja pada Julai 2019. Tuduhan yang dibuat terhadap pekerja adalah memandu secara cuai. Mereka disabitkan salah dalam siasatan dalaman ( DI ) yang dijalankan oleh Tesco dan dibuang kerja. Keputusan DI adalah tidak setimpal dengan kesalahan dan terlalu berat dan harus dipertimbangkan balik.

Hari ini, 29.8.19, aduan terhadap majikan dirunding di Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh. Pekerja menuntut membaik pulih kerja dan gaji tunggakan.Tetapi, majikan tetap enggan memulihkan kerja untuk pekerja dan akan mempertimbangkan tuntutan pekerja.

Kes pekerja ini dikendalikan oleh Sdr. Selvam dan Sdri. Dana dari Parti Sosialis Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!