200 Pengawal Keselamatan Sekolah 2 Bulan tak Bergaji: KPM HENTIKAN WIRA CORPS, GANTI SYARIKAT LAYAK!

Lebih kurang 200 Pekerja Kawalan Keselamatan Sekolah dibawah naungan syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd tidak bergaji selama 2 bulan.

JPKK mendapat berita terbaharu ini setelah penghebahan mengenai 38 Pengawal Keselamatan Sekolah Perlis yang hidup 2 bulan tanpa gaji dibawah syarikat ini. Setelah dihubungkan dengan pekerja negeri lain, diketahui bahawa syarikat ini juga gagal membayar gaji kepada lebih kurang 200 orang pekerja dari Perlis, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan & Sarawak.

Bukan itu sahaja, ramai pekerja juga mengadu bahawa caruman KWSP & PERKESO mereka tidak dibuat sejak setahun lepas. Bayaran OT juga tidak mengikut kadar yang sepatutnya.

Dr Radzi Jidin Kementerian Pendidikan Malaysia mesti ambil tindakan segera dengan menamatkan kontrak syarikat ini, dan mengupah syarikat yang benar-benar berkelayakan sahaja. Kebajikan & wang hasil titik peluh pekerja mesti dipulangkan semula tanpa sebarang alasan.

#SelamatkanPengawal #WiraCorpsManaGaji

Datuk Seri M Saravanan Kementerian Sumber Manusia

Setakat pengetahuan kami, sekolah-sekolah yang terlibat adalah;

Negeri Sembilan
1. SKPK Teluk Kemang
2. SK intan Perdana
3. SMK intan perdana
4. Sma telok kemang
5. Sk pasir panjang
6. Smk pasir panjang
7. Sk tanjung agas
8. Sk linggi
9. Sk dato haji yusof linggi

Pulau Pinang
Smk bukit jambul
Smk sungai nibong
Smjk phor tay
Sjkc keong hoe
Sjkc shih chung cawangan sg nibong
Sjkc kwang hwa
Sjkc min sin
Kediaman guru guru kerajaan sg nibong
Sekolah Agama perempuan al mansor/asrama Al mansor
PPD Timur laut
sekolah rendah Wellesley
pusat kecermalangan sukan Westland (Pksw)sekolah lelaki Westland

Perlis
SK LKTP Chuping, SK Guar Nangka, SK Oran, SK Bukit Keteri, SK Tengku Budriah, SKJC Hwa Aik, SMK Arau, SMK Tengku Budriah, Asrama Sukan JPN Perlis dan Kuarters Guru SMK Tengku Budriah.

Perak
SJKC kampong coldstream perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Komik Ringkas – Perjuangan Pekerja Kontrak Kebersihan & Keselamatan Kerajaan

(Komik Ringkas – Perjuangan Pekerja Kontrak Kebersihan & Keselamatan Kerajaan) Pekerja kontrak Kebersihan & Keselamatan bangunan kerajaan bekerja tanpa cuti, tanpa caruman KWSP & PERKESO, ditipu kiraan OT, dan tiada jaminan kerja. Sebelum penswastaan, mereka menikmati kenaikan gaji, jaminan kerja, dan juga pencen. Sistem kontrak bukan penyelesaian isu ini. Cukup lah kesusahan yang dihadapi mereka, […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!