Memorandum kepada YB Dato’ Seri Khadzir bin Khalid
Selesaikan masalah pekerja kontrak di premis KPM
Tarikh:
7 JANUARI 2016
Daripada
JARINGAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN
d/a 7A Lorong Kidd, Buntong, 30100 Ipoh
TUNTUTAN JARINGAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN
- KPM harus menyelesaikan dengan segera masalah tunggakan gaji, tunggakan gaji minima 2013 dan 2014, caruman KWSP & PERKESO yang tidak dibuat bagi pekerja-pekerja kontrak yang bekerja untuk syarikat-syarikat kontraktor yang tersenarai di lampiran
- KPM harus menamatkan kontrak syarikat-syarikat yang menipu pekerja kontrak dari segi pembayaran gaji, OT dan caruman kepada KWSP dan Perkeso. Pengarah-pengarah syarikat yang menipu harus diseneraihitamkan dan tidak diberi kontrak baru dalam apa juga kaedah termasuk melalui syarikat baru.
- KPM harus mewujudkan sistem/struktur untuk memantau dan bertindak bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja kontrak KPM dilindungi. KPM harus bertanggungjawab terhadap masalah yang berpunca daripada system kontrak dan kontraktor yang menipu. Pekerja kontrak kerajaan tidak harus ditendang kepada agensi-agensi kerajaan lain.
- KPM harus mengkaji semula sistem kontrak yang menyumbang kepada kesengsaraan golongan B40 dan menjadikan pekerja pembersihan, pekebun dan sekuriti kakitangan kerajaan.
Kerja-kerja ini merupakan kerja tetap yang perlu dilakukan sepanjang masa sesebuah sekolah berfungsi, maka ia bercanggah dengan konsep kerja kontrak yang harus dipakai hanya untuk kerja sementara.
Sistem kontrak langsung tidak membawa sebarang manfaat untuk pekerja tetapi sering menjejaskan kebajikan pekerja kontrak. Terma-terma kontrak menyebabkan pekerja kehilangan servis dan kenaikan gaji tahunan, jaminan kerja, pinjaman perumahan, faedah kesihatan, dan pencen. Sistem kontrak perpetuates kemiskinan di kalangan satu golongan besar – lebih 50,000 pekerja di premis KPM. Tambahan pula, sebahagian besar pekerja kontrak diperas lagi oleh kontraktor/majikan yang melanggar undang-undang kerja dan menipu pekerja.
Memorandum ini adalah berkenaan dengan pemangsaan dan pemiskinan pekerja-pekerja kontrak yang bekerja sebagai pekerja pembersihan (cleaner), pekebun dan pengawal keselamatan di premis-premis Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia.
HAK PEKERJA DI BAWAH UNDANG-UNDANG KERJA DICABULI |
Sebahagian besar pekerja kontrak menghadapi pelbagai pencabulan hak yang berulang dan tidak dapat diselesaikan. Satu kajian ringkas yang melibatkan 28 kontraktor di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor menunjukkan bahawa masalah ini berlaku secara berleluasa dan tidak terhad kepada 1 atau 2 sekolah sahaja atau 1 atau 2 kontraktor sahaja. Lebih dari 50% kontraktor dalam kajian kami melanggar undang-undang kerja seperti berikut:
- MASALAH BERKAITAN GAJI
- Lewat bayar gaji, antara 1 bulan – 10 bulan lewat (L)
- Masih tidak bayar Gaji Minima RM900 se bulan (L)
- Gagal bayar tunggakan gaji minima untuk tahun 2013, dan 2014 (L)
- Bayaran tunggakan gaji yang kurang (L)
- TIDAK MENCARUMAN KEPADA KWSP
- Tidak mencarum langsung
- Memotong caruman daripada gaji pekerja tetapi masuk poket kontraktor
- Caruman tidak didasarkan gaji sepenuhnya
- TIDAK MENCARUM KEPADA PERKESO
- Tidak mencarum langsung
- Memotong caruman daripada gaji pekerja tetapi masuk poket kontraktor
- Caruman tidak diasaskan pada gaji sepenuhnya (L)
- KONTRAKTOR MUFLIS
- Pekerja tidak dibayar gaji selama 10 bulan
- KPM tidak ambil tahu walaupun pekerja terus berkhidmat
- MASALAH-MASALAH LAIN
- Tiada kontrak kerja
- Tiada slip gaji
- Tiada cuti sakit
- Pengiraan OT yang salah
- Tiada cuti rehat
- Jumlah hari gaji – 30 hari
Akibat keadaan ini, sebahagian besar pekerja kontrak di bawah KPM yang sudah pun berada dalam golongan B40 dimiskinkan lagi oleh kontraktor pilihan KPM. Mereka menghadapi masalah menjelaskan perbelanjaan rumahtangga seperti sewa, makanan dan minuman, bil-bil, pengangkutan, belanja persekolahan, membayar hutang, dan lain-lain. Sebahagian daripada mereka juga tidak ada KWSP, dan skim insuran PERKESO.
2. AGENSI KERAJAAN TIDAK DAPAT SELESAIKAN MASALAH |
Nasihat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk melaporkan masalah yang dihadapi kepada agensi kerajaan berkenaan. Beberapa pekerja yang terjejas telah membuat aduan di Jabatan Buruh, Pejabat KWSP dan Pejabat PERKESO untuk menyelesaikan masalah yang berpunca daripada kesalahan dan penipuan kontraktor. Tetapi biasanya masalah pekerja tidak dapat diselesaikan oleh pihak-pihak ini dan pekerja tidak mendapat keadilan.
Antara outcome /“penyelesaian” di pejabat Buruh (berasaskan kajian kami) adalah:
- Pihajk kontraktor sering gagal menghadiri perbicaraan walaupun dihantar surat oleh pihak pejabat buruh (L)
- Walaupun pengadu menang di Mahkamah Buruh, kontraktor masih tidak bayar atau bayar separuh sahaja (L). Pejabat Buruh membawa kes ke Mahkamah Magistret, tetapi walaupun pengadu menang kontraktor masih tidak bayar.
- Ada pengadu yang selepas naik turun Mahkamah Buruh lima kali terpaksa menarik balik saman/kes atas nasihat pegawai Pejabat Buruh sebab terdapat kesilapan dalam slip gaji yang disediakan oleh kontraktor (L)
- Banyak kontraktor tidak dapat dihubungi oleh Pejabat Buruh untuk sampaikan surat sebab alamat tidak betul, atau kontraktor sembunyi
Majoriti pekerja kontrak yang menghadapi masalah tidak berani membuat aduan sebab takut hilang kerja.
Antara outcome di pejabat PERKESO dan KWSP adalah:
- Susah menyiasat dan memproses aduan sebab pekerja tidak diberi slip gaji
- Kontraktor memberi alasan seperti kontrak dilaksanakan oleh sub-kontraktor (L)
- Selepas dapat amaran, kontraktor membuat satu atau dua caruman, dan selepas itu balik kepada amalan biasa.
- Kontraktor tidak ada di alamat perniagaan mereka, dan PERKESO dan KWSP tidak dapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah apabila menyiasat kontraktor (L)
Adalah jelas bahawa prosedur-prosedur agensi kerajaan tidak dapat membantu pekerja kontrak tetapi membebankan mereka lagi. Selain itu, hanya segelintir daripada pekerja kontrak yang menghadapi masalah sedia mengambil langkah membuat aduan di agensi-agensi kerajaan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENINDASAN PEKERJA KONTRAK DI PREMIS KPM |
Pemangsaan pekerja kontrak KPM berpunca daripada sistem kontrak dan perlaksanaannya oleh KPM, maka KPM harus bertanggungjawab terhadap keadaan ini. Kami percaya bahawa keadaan ini tidak terhad kepada sebilangan kecil kontraktor sahaja atau beberapa sekolah sahaja di satu atau dua negeri. Kajian kami yang berterusan menunjukkan bahawa masalah ini berleluasa, dan terdapat di semua negeri di mana kami sempat membuat kajian.
Nampaknya juga para kontraktor seolah-olah kebal daripada pendakwaan oleh agensi-agensi kerajaan. Biasanya kontraktor yang mempunyai rekod buruk berkaitan dengan layanan pekerja (pernah) dianugerahkan kontrak baru oleh KPM!
Maka, KPM harus:
- Menyelesaikan dengan segera masalah tunggakan gaji, tunggakan gaji minima 2013 dan 2014, caruman KWSP & PERKESO yang tidak dibuat bagi pekerja-pekerja kontrak yang bekerja untuk syarikat-syarikat kontraktor yang tersenarai di lampiran 1.
- Menamatkan kontrak syarikat-syarikat yang menipu pekerja kontrak dari segi pembayaran gaji, OT dan caruman kepada KWSP dan Perkeso. Pengarah-pengarah syarikat yang menipu harus diseneraihitamkan dan tidak diberi kontrak baru dalam apa juga kaedah termasuk melalui syarikat baru.
- Mewujudkan sistem/struktur untuk memantau dan bertindak bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja kontrak KPM dilindungi. KPM harus bertanggungjawab terhadap masalah yang berpunca daripada system kontrak dan kontraktor yang menipu. Pekerja kontrak kerajaan tidak harus ditendang kepada agensi-agensi kerajaan lain.
- Mengkaji semula sistem kontrak yang menyumbang kepada kesengsaraan golongan B40 dan menjadikan pekerja pembersihan, pekebun dan sekuriti kakitangan kerajaan.
Kerja-kerja ini merupakan kerja tetap yang perlu dilakukan sepanjang masa sesebuah sekolah berfungsi, maka ia bercanggah dengan konsep kerja kontrak yang harus dipakai hanya untuk kerja sementara.
Sistem kontrak langsung tidak membawa sebarang manfaat untuk pekerja tetapi sering menjejaskan kebajikan pekerja kontrak. Terma-terma kontrak menyebabkan pekerja kehilangan servis dan kenaikan gaji tahunan, jaminan kerja, pinjaman perumahan, faedah kesihatan, dan pencen. Sistem kontrak perpetuates kemiskinan di kalangan satu golongan besar – lebih 50,000 pekerja di premis KPM. Tambahan pula, sebahagian besar pekerja kontrak diperas lagi oleh kontraktor/majikan yang melanggar undang-undang kerja dan menipu pekerja.
Nama syarikat/S/C | Masalah Gaji & Tunggakan gaji | Tidak mencarum KWSP/SOCSO/potong tetapi tidak mencarum | |||||
Bayar lewat | Tidak bayar gaji minim | Tunggakan Gaji minima | |||||
2013 | 2014 | KWSP | SOCSO | ||||
Ipoh, Perak | |||||||
Usaha Haanaib Sdn Bh/C | / | - | / | / | / | / | |
Double Click Sdn Bhd/C | / | - | / | - | / | / | |
Storm Security/S | / | ||||||
TM Medi Sdn Bhd/C | /* | / | - | / | / | ||
.. Twins/C | /? | / | / | / | / |