Pematuhan PKP Aliance Steel Harus Dipantau!
*KENYATAAN AKHBAR PSM 5HB. APRIL,2020-PARTI SOSIALIS MALAYSIA*
*PEMATUHAN PKP ALLIANCE STEEL HARUS DIPANTAU!*
Merujuk kepada kenyataan akhbar Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. pada 30 March 2020 selepas PSM telah mengutarakan kilang tersebut yang masih beroperasi dalam tempoh PKP.
Dalam kenyataan majikan tersebut, pihak pengurusan mengatakan bahawa syarikat sememangnya patuh kepada syarat-syarat operasi di bawah PKP, seperti tidak memaksa pekerja untuk hadir bekerja, bekerja dari rumah. Majikan juga mengatakan bahawa mereka menyediakan sanitizer, mengamalkan penjarakan social, kawalan kemasukan dalam kilang dan menyediakan khidmat klinik. Alliance Steel juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas sejak 23hb Januari, 2020 untuk menangani Covid19.
Jika benar majikan melaksanakan apa yang mereka katakan, PSM mengalu-alukannya dan mencadangkan pihak syarikat mengemukakan perkara-perkara berikut secara telus untuk pantauan pihak Jabatan Tenaga Kerja dan juga para pekerja syarikat tersebut. Dengan bertindak telus, JTK dan juga pekerja dapat memastikan segala arahan dipatuhi dan dapat bekerjasama untuk menjayakan hasrat Alliance Steel.
Maka PSM menyeru pihak Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia untuk memantau dan memastikan perkara-perkara seperti berikut ;
1. Adakah segala syarat Surat kebenaran operasi oleh pihak MITI untuk tempoh 18hb hingga 30hb March 2020 dan 1hb April 2020 hingga 14hb 2020 April dipatuhi ?
2. Adakah benar tenaga kerja yang hadir telah dikurangkan 50 %? Berapakah jumlah pekerja dalam âpayrollâ syarikat, dan berapa pekerja yang bekerja di premis kilang?
3. JTK perlu memantau memo (jika ada) yang dikeluarkan kepada pekerja – adakah ianya menyatakan dengan jelas sepertimana yang dinyatakan oleh syarikat bahawa â pekerja tidak dipaksa bekerja dan mereka yang tidak hadir akan dibayar gaji secara penuh (sepertimana arahan Menteri Sumber Manusia), arahan bekerja dari rumah dsbnya.
4. Memo pemakluman kepada pekerja harus memberikan keyakinan kepada pekerja bahawa gajinya tidak akan dipotong, tiada tindakan displin akan diambil, dan mereka tidak akan dibuang kerja jika mereka tidak hadir kerja.
5. Samaada rekod suhu badan diambil dan rekod disimpan semasa pekerja masuk kerja di kilang dan juga pekerja yang berada di hostel juga melalui saringan suhu badan.
6. JTK dan Kememterian Kesihatan harus memeriksa dan memastikan penjarakan social dipratikkan di hostel pekerja, dan saringan suhu badan dilakukan dalam tempoh PKP demi mengelakkan kesesakan di hostel.
Kami berharap pihak JTK akan memantau perkara-perkara tersebut dan memastikan langkah-langkah Alliance Steel menangani Covid dipatuhi demi kebajikan pekerja dan keselamatan kesihatan awam.
*Tinagaran Subramaniam*
_Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia_
_012 241 4351