Sertai Forum Kempen Hapus Sistem Kontrak: Jamina Kerja Hak Semua!

Sertai Forum Kempen Hapus Sistem Kontrak: Jaminan Kerja Hak Semua!
JPKK akan menganjurkan satu forum online demi mengetengahkan isu yang dihadapai pekerja kontrak yang kebanyakkan nya cleaner frontliner; isu yang berpunca daripada ketamakan sistem kroni & orang tengah sebagai majikan dalam sistem kontrak.
Forum akan diadakan pada:
AHAD, 22 November 2020, pukul 9 malam, di laman rasmi facebook Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan.
Forum akan dihadiri oleh 3 orang panelis iaitu saudari Thilemma yang merupakan Frontliner Cleaner dari Kesatuan Pekerja Swasta Sokong Di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia , kita juga ada menjemput professor ahli akademik dari Universiti Malaya, yang juga merupakan pensyarah jurusan ekonomi dan juga pengarah Global Labor Organization, saudara Niaz Asadullah.
JPKK pula diwakili oleh penyelidik kami Sharan Raj, yang telah menjalankan penyelidikan mengenai perbandingan faedah sistem kontrak dengan sistem kerja tetap terhadap kerajaan dan yang paling penting sekali,kesan nya terhadap PEKERJA.
Sertai kami!
Hapuskan keperluan untuk sistem kontrak, serap frontliner terabai ini sebagai pekerja tetap kerajaan supaya hak mereka terjaga !
Tandatangan petisyen sokongan di sini http://chng.it/kpS9pqsq2Y