Apa Itu SiAP?

Sistem Aduan Pekerja

SiAP merupakan sistem penerimaan aduan pekerja berkaitan dengan masalah-€“masalah buruh untuk semua pekerja di Malaysia, termasuk pekerja migran atau pekerja yang bukan warganegara tetapi duduk di Malaysia.

SiAP diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang memperjuangkan hak pekerja seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan dan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) dan Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM). Inisiatif ini juga disokong oleh Atlantic Institut dan The Equity Inisiatif Southeast Asia.

Talian hotline SiAP 011-10767989 juga dilancarkan hari ini untuk para pekerja membuat aduan atau meninggalkan pesanan melalui WhatsApp mengenai masalah yang berkaitan dengan pekerjaan. Semua nasihat dan kaunseling yang diberi kepada para pekerja adalah percuma. Kes-kes yang dilaporkan kepada SiAP juga akan ditujukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) , Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan Jabatan lain yang bertanggungjawab. Disertakan dibawah satu senarai soalan yang lazim ditanya.

SiAP berharap boleh berkerjasama dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk bersama mencari penyelesaian lebih baik untuk pekerja yang mengalami masalah buruh. Selain itu, statistik kes yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan dasar-dasar pekerja.

Untuk sebarang pertanyaan, kami boleh dihubungi melalui 0166377901 (Geetha) atau 010240 2159 (Sivaranjani).

Related

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍

Pada 30/6/2025, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) usahakan satu perkongsian di Pejabat North South Initiatives (NSI) bersama dengan beberapa organisasi seperti North South Initiative , Mandiri, Projek Sama dan Gabungan Marhaen untuk belajar amalan terbaik atau strategi khas yang dipraktikkan oleh organisasi dalam mengorganisasikan massa. Banyak amalan yang berbeza telah dikongsi oleh setiap kumpulan dan […]

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

Latihan secara percuma, jika perlukan nasihat undang2 bagi masalah tempat kerja, anda boleh turut hadir. Tarikh: 8 Dismember 2024 (Ahad)Masa: 8 hingga 10 malamTempat: https://maps.app.goo.gl/ZNpXAknnPcF5yvUo6 Hubungi 0102402159 untuk daftar. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar diri anda di:https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA