📢 *PERHATIAN AHLI JPKK* 📢

📢 *PERHATIAN AHLI JPKK* 📢

Kami sedang kumpul pendapat pekerja mengenai gaji minimum, untuk cadang kepada kerajaan supaya naik-kan gaji minimum.

*MINTA TOLONG BAGI PENDAPAT ANDA TENTANG GAJI MINIMA DENGAN JAWAB SOAL SELIDIK DI LINK INI* : https://docs.google.com/…/1FeJ-X_uXEkLkT6F6vVDMHLV9Uq-AONt…/

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Soal selidik ini disediakan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), sebuah pertubuhan pekerja kebersihan & keselamatan bangunan kerajaan, seperti sekolah & hospital.

Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat pekerja mengenai kadar gaji minimum pada waktu ini, iaitu berjumlah RM1200.

Tujuan kami mendapatkan pendapat pekerja adalah kerana Kerajaan sedang mengkaji semula sama ada gaji minimum RM1200 itu cukup untuk menampung kehidupan pekerja atau tidak.

Melalui soal selidik ini, JPKK akan menggunakan respon untuk mengemukakan bukti kepada pihak kerajaan supaya mengkaji semula penetapan gaji minimum dan meningkatkan paras gaji minimum, supaya pekerja di semua sektor memperoleh gaji yang adil.

Terima kasih.

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!