MESYUARAT BERSAMA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA.
Hari ini, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) diwakili oleh saudari Sivaranjani, Adieka, Arul dan Pushpan (Bekas Penyelidik JPKK, Acting CEO C4 sekarang) telah menghadiri mesyuarat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia untuk isu pekerja kontrak (pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) di premis sekolah terutamanya bagi isu ketidakbayaran GAJI MINIMA serta membentangkan tuntutan untuk kembalikan pekerja-pekerja ini sebagai pekerja tetap di sekolah.
Dalam mesyuarat ini turut menghadiri Persatuan Kontrator yang mengutarakan isu ketidakbayaran tunggakan Gaji Minima oleh Kerajaan kepada mereka lebih 15 bulan.
Hal ini telah menyebabkan kontraktor tidak dapat membayar Gaji Minima kepada pekerja. JPKK harap akan terima satu maklumbalas positif dari Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk menghapuskan sistem kontrak di premis Kerajaan.
#jaringanpekerjakontrakkerajaan
#jaminankerjahaksemua
#pengawalkeselamatan
#pekerjapembersihan
#jawatankuasapilihankhas
#jawatankuasapilihankhaspembinaannegarabangsapendidikadanpembangunansumbermanusia



