𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍

Kes pembuangan 2 pekerja pembersihan dan 2 tukang kebun dari sekolah di Port Dickson telah difailkan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) pada 8 Januari 2025. Laporan polis telah dibuat di Seremban berkenaan pembuangan kerja tersebut.

Syarikat ini baru 4 bulan ambil kontrak dan telah memberhentikan beberapa pekerja dari beberapa buah sekolah tanpa alasan yg munasabah. Pada hari tersebut, hanya pekerja dari satu buah sekolah sahaja yang tampil ke hadapan untuk memfailkan kes.

Tandatangan petisyen ini untuk menghapuskan sistem kontrak.
https://chng.it/ykq2b8WKKG

Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.
Daftar diri anda di:
https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]