𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐏𝐊𝐊 – 𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐆𝐄𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐑𝐔𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

JPKK membantah kelulusan tergesa-gesa RUU ini di Dewan Rakyat. Undang-undang ini memberi kuasa berlebihan kepada Menteri, membuka ruang kepada kronisme serta monopoli, melemahkan semak imbang, dan menafikan hak rakyat untuk mendapat maklumat yang telus.

RUU ini bukan sahaja menguntungkan segelintir pihak berkepentingan, malah mengekalkan sistem kontrak yang menindas pekerja. JPKK menggesa Dewan Negara untuk menilai semula RUU ini dan mengembalikannya kepada Dewan Rakyat.

Perolehan kerajaan mesti telus, berakauntabiliti, dan adil untuk rakyat — bukan alat memperkukuh kuasa elit politik-ekonomi.

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]