38 pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan

38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis, telah hidup dalam keadaan tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak dua bulan lalu.

Pengawal-pengawal keselamatan yang diupah di bawah syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd ini ditempatkan di 10 buah premis Kementerian Pendidikan di sekitar kawasan Chuping dan Arau, Perlis, seperti SK LKTP Chuping, SK Guar Nangka, SK Oran, SK Bukit Keteri, SK Tengku Budriah, SKJC Hwa Aik, SMK Arau, SMK Tengku Budriah, Asrama Sukan JPN Perlis dan Kuarters Guru SMK Tengku Budriah.

Pengawal-pengawal keselamatan ini telah menghadapi masalah kelewatan pembayaran gaji daripada pihak majikan sejak bulan Julai 2021. Mereka hanya menerima gaji untuk bulan Julai 2021 pada 24 September 2021, sementara gaji untuk bulan Ogos dan September 2021 masih belum diterima sehingga kini. Pihak majikan hanya mengeluarkan notis demi notis pemberitahuan dengan tarikh pembayaran gaji ditangguhkan setiap kali notis dikeluarkan sepanjang dua bulan lalu.

Dalam satu notis pemberitahuan yang dikeluarkan pada 7 Oktober 2021, pihak majikan menjanjikan bahawa semua gaji untuk bulan Ogos dan September 2021 akan dibayar pada 15 Oktober 2021; tetapi janji tersebut telah dimungkiri dalam satu lagi notis pemberitahuan yang dikeluarkan pada 15 Oktober 2021, yang menjanjikan satu lagi tarikh pembayaran gaji, iaitu pada 22 Oktober 2021. Masalahnya di sini adalah para pekerja telah hanya menerima bayaran gaji satu bulan (gaji bulan Julai yang lambat dibayar) dalam tempoh tiga bulan yang lalu. Pengawal-pengawal keselamatan ini bimbang bahawa tarikh pembayaran gaji akan dilewatkan lagi, dan gaji untuk bulan Oktober 2021 serta bulan-bulan yang akan datang juga akan mengalami masalah yang sama.

Syarikat yang mengupah pengawal-pengawal keselamatan ini mendapat kontrak untuk perkhidmatan kawalan keselamatan di premis Kementerian Pendidikan. Ia dibayar terus oleh kerajaan. Perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang akan dipengaruhi oleh turun naik pasaran dalam ekonomi. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk pihak syarikat lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan. Jika bukannya Kementerian Pendidikan yang lambat dalam membayar kepada pihak kontraktor perkhidmatan kawalan keselamatan untuk pembayaran gaji pekerja, maka ini bermakna bahawa pihak syarikat telah melakukan satu kesalahan pecah amanah.

Kami memohon pada KPM supaya mengambil tindakan segera untuk memastikan syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd membayar segala tunggakan gaji kepada pekerja-pekerjanya dalam masa terdekat.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengambil serius mengenai masalah yang dihadapi oleh pengawal-pengawal keselamatan di Perlis ini. JPKK menggesa Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan segera supaya memastikan syarikat berkenaan untuk menjelaskan segala tunggakan gaji kepada pekerja-pekerjanya dalam masa terdekat.

JPKK juga berpandangan bahawa syarikat yang gagal menjamin hak pekerja dengan membayar gaji tepat pada masanya mengikut ketetapan Akta Kerja 1955 harus disenaraihitamkan daripada terus mendapat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan daripada mana-mana agensi kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Sumber Manusia
Datuk Seri M Saravanan Dr Radzi Jidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Komik Ringkas – Perjuangan Pekerja Kontrak Kebersihan & Keselamatan Kerajaan

(Komik Ringkas – Perjuangan Pekerja Kontrak Kebersihan & Keselamatan Kerajaan) Pekerja kontrak Kebersihan & Keselamatan bangunan kerajaan bekerja tanpa cuti, tanpa caruman KWSP & PERKESO, ditipu kiraan OT, dan tiada jaminan kerja. Sebelum penswastaan, mereka menikmati kenaikan gaji, jaminan kerja, dan juga pencen. Sistem kontrak bukan penyelesaian isu ini. Cukup lah kesusahan yang dihadapi mereka, […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!