Berapa Lama Lagi KKM Nak Abaikan Cleaner?

“Kementerian Kesihatan kata mereka akan ‘follow up’, tetapi itu jawapan sama setiap kali kami bagi memorandum. Cuba bayangkan, tugas membersih kebun, lantai, tandas, wad pesakit COVID dirawati, adalah kerja cleaner. Macam mana kerajaan anggap mereka BUKAN ‘frontliner” – S. Koyilvani, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan

Cleaner hospital dianggap bukan ‘frontliner’, dinafikan elaun khas RM300, ditipu & ditindas kontraktor seperti pemotongan gaji tak sah, pencurian wang KWSP/PERKESO, gaji minima tak dipatuhi, topeng muka & sarung tangan tidak dibekalkan dengan mencukupi, dan pelbagai lagi penindasan. Sampai bila nak abaikan mereka?

Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan dengan menandatangani petisyen di LINK DIBAWAH;
https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner

Sekiranya anda atau rakan ada masalah di tempat kerja, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) – 011-10767989

#HapusSistemKontrak #CleanerJugaFrontliner #JaminanKerjaHakSemua

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Isu penting mesyuarat nasional JPKK – vaksin, potongan gaji dan salahlaku pihak sekolah

Hari ini Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat Nasional. Pekerja dari Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembulan, Johor dan Wilayah Persekutuan menghadiri mesyuarat ini, Antara isu utama yang dibawa dalam perbincangan adalah 1. Mengapa Vaksin masih belum diberikan kepada Pengawal Keselamatan di sekolah yang merupakan kumpulan yang paling terdedah dengan […]

M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan berjumpa dengan bekas Menteri Sumber Manusia, YB M.Kulasegaran, bertujuan untuk mendapatkan sokongan beliau dalam usaha menghapuskan sistem kontrak bagi khidmat sokongan ‘frontliner’ di bangunan kerajaan. Beliau menyarankan supaya pelaksanaan polisi ini dilakukan mengikut cara kerajaan negeri Pulau Pinang, dimana kerajaan negeri terus mengupah pekerja dibawah pentadbiran sekolah (pengetua) […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!