Cleaner Menang Lawan PERKESO!

CLEANER MENANG LAWAN PERKESO!

Kes Cleaner (Pn Valarmathy) melawan PERKESO telah diputuskan mahkamah pada jam 230 petang tadi dan mahkamah telah memutuskan bahawa;

1. Lencongan yang dilakukan Valarmathy semasa menghantar rakan sekerja nya ke rumah Dari tempat kerja adalah MUNASABAH.

2. 50rm yang di terima Valarmathy dari rakan sekerja sebagai duit minyak adalah bukan untuk keuntungan atau ‘economic pursuit’, tetapi hanyalah sekadar bayaran pengangkutan.

Kemenangan kes ini merupakan satu berita baik untuk seluruh kaum pekerja, dan menetapkan satu ‘precedent’ yang akan melindungi pekerja-pekerja yang memohon skim bencana pekerjaan.

Valarmathy kini boleh melanjutkan rawatan tulang belakang nya yang cedera kerana terlibat dalam kemalangan tersebut. Kos rawatan berjumlah RM18,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!