‘CLEANER’ SEKOLAH DIPOTONG GAJI 40% SEMASA PKP – KEMENTERIAN PENDIDIKAN INGKAR ARAHAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Kepada,
Pengarang Bahagian Berita
Suratkhabar Harian/Online News Portal
/TV/Radio

SIDANG AKHBAR:
‘CLEANER’ SEKOLAH DIPOTONG GAJI 40% SEMASA PKP-
KEMENTERIAN PENDIDIKAN INGKAR ARAHAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan pengoperasian maksimum hanya 60% dari jumlah pekerja kebersihan sekolah untuk bekerja. Pada masa yang sama, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pula menerima banyak aduan dari ‘cleaner’ sekolah mengenai keputusan kontraktor majikan untuk bayar gaji mengikut hari kerja sahaja.

Pemotongan gaji ini menyebabkan seramai 50 000 pekerja pembersihan yang hanya mendapat gaji di paras gaji minima menerima gaji hanya RM600-RM700 mulai bulan Jun 2021.
Kami ingin menjemput pihak media untuk ke sidang media bersama panelis yang terdiri dari wakil-wakil pekerja kebersihan sekolah, JPKK, dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan mendedahkan siapakah dalang sebenar yang memiskinkan pekerja B40 ini?

Butiran adalah seperti berikut;

Tarikh: 2 Julai 2021 (Jumaat)
Masa: 11 Pagi
Link Online (Zoom): https://us02web.zoom.us/j/82066008145…

Kami berharap pihak media dapat hadir memberi liputan terhadap isu ini. Isu golongan B20 ini sangat memerlukan platform untuk didengari rakyat kebanyakan dan juga pihak atasan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Danial di talian 011-10907989

Terima Kasih.


Danial Hakeem
Admin & Account Assistant
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
D-3-33, Block D, 8 Avenue Business Centre,
Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8,
46050 Petaling Jaya, Malaysia.
jpkk2019@gmail.com
+60 1110907989

Related

× Ada aduan? Hubungi SiAP!