Dua Pekerja Dihentikan Kerja dengan Alasan yang Tidak Munasabah

En Roman dan Isterinya Pn Maheswary berkerja di sebuah Syarikat Ladang, Nam Bee Comany dan anak syarikatnya The Muar Rice and Transport Company Gemenceh Negeri Sembilan. Kedua dua mereka telah dihentikan perkhidmatan atas dua pertuduhan iaitu memukul warga Nepal serta tidak menandatangani surat notis pemberhentian kerja oleh kedua-dua Suami Isteri.

Mereka berdua berkerja diladang di Air Kuning sebagai Greader dan Pemandu lori. Pada bulan January 2018, seorang warga Nepal yang berkerja Ladang tersebut cuba ‘sexually assault’ isteri En Roman sewaktu beliau menyidai kain dibelakang rumah pada pagi sebelum waktu kerja bermula. Warga Nepal tersebut dalam keadaan Seluar dalam sahaja cuba menarik tangan Pn Maheswary kedalam rumah kosong rumah berhampiran beliau. Pn Mageswary bertindak dengan memukul warga asing itu dengan seliparnya.

Selepas itu suami Pn Maheswary serta Pn Maheswary berjaya membawa dia ke Balai Polis di Air Kuning dengan keizinan seorang pegawai atasan Syarikat tersebut. Isu ini telah pun selesai dibalai serta dihadapan pegawai tersebut dengan beberapa syarat. Tapi pada keesokan hari Kedua dua isteri dan suami dihentikan kerja manakala warga asing tersebut berkerja seperti biasa dan tiada tindakan diambil terhadapnya.

En Roman juga diberhentikan kerja diatas tuduhan, memukul Warga Nepal tersebut dimana insiden seperti itu tidak berlaku.
Kes ini telah dibawa dan difail di Pejabat Buruh Seremban pada bulan March 2018 selepas dua bulan diberhentikan kerja. Kes ini dirujuk di JTK walaupun siasatan dalaman sudah dijalankan oleh pihak syarikat . Pada 27 Julai 2018 mereka berdua telah menang di Mahkamah Buruh Bangi kerana didapati Siasatan dalaman berat sebelah dan berlakunya salah guna kuasa oleh pihak syarikat.

Mahkamah Buruh memerintah untuk membayar segala kos Termasuk Gaji, Faedah Penamatan Kerja serta Gaji Ganti Notis lebih kurang RM14 ribu dalam masa 30 hari bagi kedua dua suami dan isteri.

Tetapi pihak syarikat tersebut mencabar keputusan Mahkamah Buruh di Mahkamah Tinggi Seremban. Dan hari ini kes telah bicara lebih satu Jam. Kedua-dua pekerja di wakil oleh Peguam Sdri Kohila. Mahkamah memutuskan 15 Feb 2019 untuk keputusan rayuan kes ini.

Related

Majikan telah bersetuju menjelaskan tunggakan gaji minima

29 pekerja keselamatan di Hospital Slim River, Perak berjaya tuntutan tunggakan gaji minima dari Mei 2022 hingga Ogos 2023 berjumlah RM106,400. Satu perintah persetujuan telah ditandatangani pada 8 November antara wakil pekerja dan majikan di Mahkamah Buruh Tapah. Majikan bersetuju menjelaskan tunggakan tersebut secara ansuran dalam tempoh 6 bulan (Nov 2023-April 2024). Sertai kami untuk […]

Hidup pekerja!

Kes tuntutan 9 pekerja kuari dari Simpang Pulai yang dirujuk ke Mahkamah Buruh Ipoh telah mencapai satu penyelesaian apabila majikan menawarkan sejumlah wang pampasan kepada setiap pengadu mengikut tempoh perkhidmatan mereka. Perintah Persetujuan Bersama telah ditandatangani pada 20/9/2023 oleh kedua-dua pihak. Wakil JPKK Perak saudara R Saratbabu Raman telah memberi khidmat nasihat kepada 9 pekerja […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!