GAJI CLEANER SEKOLAH DIPOTONG 40% – KEMENTERIAN PENDIDIKAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB!

SIDANG MEDIA – [ GAJI CLEANER SEKOLAH DIPOTONG 40% – KEMENTERIAN PENDIDIKAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB! ]

Sejak awal Jun kami menerima aduan dari cleaner sekolah seluruh negara yang takut gaji mereka dipotong 40%, setelah dimaklumkan kontraktor majikan.

Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk hanya 60% sahaja cleaner untuk bekerja semasa PKP diselitkan juga dengan hanya membayar kontraktor 60% dari peruntukan biasa. Cleaner menjadi mangsa pemotongan gaji & dipaksa ambil cuti tanpa gaji.

Arahan Kementerian Sumber Manusia pula kata mesti bayar gaji penuh, ataupun sekurang-kurangnya gaji minima. Bermakna KPM sendiri gagal patuhi undang-undang kerajaan.

Tahukah anda, kebanyakan kumpulan cleaner sekolah hanya menerima sekitar RM1000-RM1200 sebulan? Pemotongan 40% akan menurunkan gaji mereka ke RM500-RM700 sahaja. Dengan kos hidup makin meningkat, kenapa Kementerian Pendidikan Malaysia perlu potong gaji mereka? Mana kependidikan mereka?

Kecelaruan arahan & tindakan melulu tanpa pendidikan ini akan menjejaskan 50,000 cleaner sekolah seluruh negara. 50,000 nyawa akan terjejas dengan isu ini. Kami sangat berharap Kementerian Pendidikan Malaysia ambil peduli, bayar gaji mereka dengan penuh. Mereka adalah frontliner yang tidak disanjung, malah dimangsakan.

Related

× Ada aduan? Hubungi SiAP!