Himpunan Marhaen Suara Pekerja

FORUM PEKERJA BERSAMA MENTERI SUMBER MANUSIA: SUARA PEKERJA – REALITI & HARAPAN #HimpunanMarhaen2021

Dalam kemerosotan ekonomi, golongan yang paling sakit selalu nya adalah golongan pekerja. Tak kira pesawah, nelayan, pengawal keselamatan, atau pekerja pembersihan. Gaji sangat sedikit & harga semua keperluan meningkat.

Gabungan MARHAEN akan mengadakan minggu MARHAEN dari 12 Oktober sehingga 17 Oktober, dimana setiap hari akan ada himpunan Online untuk pekerja berkumpul suarakan masalah & harapan mereka.

Pada 13 Oktober RABU (830 malam), Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan akan menyertai forum kita yang juga disertai JPKK, pekerja pembersihan sekolah & gabungan kesatuan buruh.

Ayuh turut serta dalam forum untuk suarakan masalah & harapan pekerja.

Tajuk Forum: SUARA PEKERJA – REALITI & HARAPAN
Panelis:
1. Datuk Seri M Saravanan – Menteri Kementerian Sumber Manusia
2. Datuk Mohammed Shafie B.P Mammal – Presiden UNI Malaysia Labour Centre – UNI MLC
3. Mohd Salleh – Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan
4. Margaret Chin – Pengerusi Sabah Banking Employees union
5. V Selvam – Pegawai Perhubungan Perusahaan, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan
6. Wardah Ibrahim – Pekerja Pembersihan Sekolah, AJK JPKK Perlis

Daftar di link ini https://forms.gle/ocfXRXNQjED9TJPN6 ataus imbas QR kod.

#HimpunanMarhaen2021

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!