Kawalan Pergerakan dan Persoalan Pekerja

Kawalan Pergerakan dan Persoalan pekerja…
Q1: Majikan boleh minta pekerja ambil Annual Leave semasa lock down?
Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja (JTK) berdekatan.

Q2: Majikan boleh minta pekerja ambil unpaid Leave semasa lock down?
Majikan tidak boleh arahkan pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji. Ini harus diambil sebagai cuti sakit dan gji penuh perlu dibayar. Jika majikan masih potong gaji, pekerja ada hak untuk tuntut potongan tersebut dengan memfailkan tuntutan di JTK berdekatan.

Q3: Dalam tempoh quaratin, majikan boleh minta saya ambil MC?
Tidak boleh. Boleh ambil sebagai cuti sakit tanpa sijil. Ini dibenarkan pada masa sekarang. Jika dipaksa, pekerja boleh melapor di JTK berdekatan.

Q4: Majikan kata company closed down sebab tiada business, boleh majikan henti kerja saya segera?
Tidak boleh. Mana-mana syarikat yang kata tiada business, perlu melaporkan kepada JTK sebelum 30 hari mengambil keputusan untuk tutup. Ini adalah selaras dengan garispanduan pemberhentian kerja. Jika majikan berbuat demikian, boleh memfailkan kes di JTK ataupun di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).
Q5: Boleh majikan saya minta saya masuk office kerja, walaupun kerajaan telahpun keluar notis lock down?
Tidak boleh. Hanya perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan sahaja boleh terus beroperasi.
Jika Syarikat anda bukan dalam kategori ini dan tidak tutup,buat laporan polis dan polis akan mengambil tindakan, hubungi hotline 03-88882010 atau JTK berdekatan untuk menyalurkan aduan anda.

Q6: boleh majikan saya minta saya work from home (kerja di rumah)?
Boleh.

Q7 : Boleh saya dapat RM600 subsidi dari kerajaan?
Jika majikan anda perniagaan kecil dan tidak mapu bayar gaji semasa tempohmasa kawalan pergerakan, anda boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di Pejabat PERKESO yang berdekatan. Untuk perhatian anda, pejabat PERKESO akan beroperasi sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Boleh ke majikan potong gaji semasa PKP?

Boleh ke majikan potong gaji semasa PKP? Kami terima banyak aduan mengenai majikan mahu potong gaji dari pekerja pembersihan sekolah. Apa tanggungjawab majikan untuk jaga pekerja? Tonton video dibawah untuk penjelasan lanjut. Jangan lupa kongsikan bersama rakan pekerja supaya mereka tahu hak mereka! Dr Radzi Jidin Datuk Seri M Saravanan minta tolong pantau keadaan pekerja […]

Outsourcing of support services in public sector and the way forward!

Live Now!Online Series: Southeast Asian Left Solidarity Online Talk Series:Outsourcing of support services in public sector and the way forward Outsourcing is rampantly happening in every working sector globally. Workers are losing their job security and benefits due to outsourcing or contract system. This also has widespread in the public service sector. During this pandemic, […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!