Kementerian Pendidikan harus bertegas dengan kontraktor yang menindas pekerja di sekolah-sekolah

Tarikh : 21hb.April, 2016 .

KENYATAAN AKHBAR /PRESS STATEMENT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN HARUS BERTEGAS DENGAN KONTRAKTOR YANG MENINDAS PEKERJA DI SEKOLAH-SEKOLAH

Baru-baru ini dua peristiwa di sekolah kerajaan menunjukkan bahawa sistem kontrak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah gagal dengan teruk dan harus dimansuhkan dengan segera.

Pada 14/4/2016 empat orang pengawal keselamatan yang berkhidmat di SJKC Keat Hwa, Alor Setar yang tidak dibayar gaji untuk 3 bulan sejak Januari 2016, bertindak terhadap pemerasan itu dengan memogok. Ini menyusahkan murid-murid dan guru-guru sekolah kerana pintu pagar berkunci dan mereka tidak dapat masuk.

Beberapa hari selepas itu pada 19/4, peristiwa yang serupa telah berlaku di SK La Salle di Jinjang Utara, juga sebab pengawal keselamatan tidak dibayar gaji. Kedua-dua insiden ini menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta perlaksanaan sekolah dengan lancar.

Timbalan Menteri Pendidikan Kamalanathan memberi amaran kepada kontraktor-kontraktor yang berkenaan bahawa mereka akan disenaraihitamkan sekiranya tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan betul.

PSM rasa kecewa dengan respon Timbalan Menteri bersikap ‘lembut’ dan tidak sesuai dengan keseriusan masalah ini. Masalah kontraktor dua sekolah ini hanya adalah suatu permulaan sahaja ‘tip of the iceberg’.

Pada awal bulan Januari 2016, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPPKK) telah berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada KPM. Memorandum tersebut menyenaraikan beberapa masalah teruk yang dihadapi oleh pekerja kontrak akibat kontraktor membayar gaji lewat, tidak bayar gaji minima, tidak carum kepada KWSP dan Perkeso, dan melanggar Akta Kerja.   Apa yang menjadikan masalah ini sangat serius adalah ia sangat berleluasa, tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan yang memandangnya sebagai masalah antara pekerja-pekerja kontrak dengan majikan mereka.

KPM harus terima  dan mengaku bahawa punca masalah ini adalah sistem kontrak dan bahawa sistem ini sudah gagal, dan harus dimansuhkan untuk menyelamatkan pekerja-pekerja yang terlibat serta untuk memastikan keselamatan dan pembersihan sekolah-sekolah kita terjaga.   

Mungkin sistem kontrak berjaya mengkayakan dan membeli kesetiaan politik satu lapisan individu-individu yang mendapat untung  dari kontrak kerajaan.   Tetapi apa yang pasti adalah sistem kontrak ini memiskinkan lagi lebih kurang 50,000 pekerja miskin di premis-premis KPM.

Kerajaan harus mansuhkan sistem kontrak dan menggajikan terus pekerja-pekerja  pembersihan dan keselamatan sebagai satu langkah serius dalam menangani kemiskinan golongan B40.

Rani Rasiah

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia

Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPPKK)

21/4/2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

SOUTH EAST ASIA SOLIDARITY TALK SERIES: OUTSOURCING OF SUPPORT SERVICE WORKERS IN THE PUBLIC SECTOR IN MALAYSIA & ITS CONSEQUENCES

By Danial Hakeem, JPKK 1. In your opinion how far the outsourcing in the public service has expanded in your country? In Malaysia, the planning to outsource in public sector was announced in 1995, under the 7th National Malaysia Plan. then, outsourcing of support services in public sector started to be implemented in 1997, by […]

Pengumuman dari JPKK

*Pengumuman dari JPKK:* Salam Perjuangan. JPKK menerima banyak aduan dalam minggu ini terutamanya pekerja pembersihan sekolah yang mengadu bahawa kontraktor minta untuk hadir kerja selang satu hari ke kerja dan gajinya akan dipotong pada hari yang tidak bekerja. Pemotongan gaji ini adalah tidak sah. Tolonga suarakan kepada kontraktor. Jika kontraktor teruskan pemotongan gaji, tolong mengadu […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!