Kerajaan Tak Mungkin Cuci Tangan Dari Menjamin Hak Pekerja Pembersihan Hospital

*KERAJAAN TAK MUNGKIN CUCI TANGAN DARI MENJAMIN HAK PEKERJA PEMBERSIHAN HOSPITAL*.

Bayangkan anda bekerja selama 26tahun, sebagai pembersih Hospital, tetapi anda masih dianggap pekerja baru oleh majikan subkontraktor yg dilantik oleh sykt konsesi pembersihan.

Tiada kenaikan gaji seperti pekerja sektor lain, terima gaji minima RM 1200 saje. Tiada bonus tahunan. Tiada kenaikan pangkat. Majikan sub kontraktor tukar selepas bbp tahun, setiap kontraktor ni layan kita macam pekerja baru. Kerja syif pulak tu, pagi malam kena kerja.

Dah lah terma kerja teruk, kerja pun sukar juga, kerja 3D, kena bersih tandas pesakit, bersih wad, setiap hari mengalami risiko jangkitan penyakit, tambahan pula dengan pandemic Covid19. Setiap hari pulang ke rumah, takut terbawa Covid 19 kepada anak dan keluarga tersayang.

Scenario sebegini, pasti you ingat ini syarikat teruk betul, tak hormat pekerja, majikan Swasta mana ini?

Percayakah pekerja ini adalah pekerja sebuah sykt milik GLC Kerajaan? Pekerja sykt Edgenta UEMS, anak sykt UEM Edgenta, UEM Group yg 100% dipunyai oleh Khazanah Nasional!

Kenapakah ini boleh berlaku? Disini lah kita perlu bongkarkan rantaian penindasan yg telah berlaku sejak tahun 1990 an.

Dulu semua pekerja pembersihan hospital adalah pekerja jawatan tetap kerajaan. Dapat semua kemudahan kakitangan kerajaan biasa.

Malangnya sekitar pertengahan 1990 an, sekelip mata hak mereka dirampas, semua pekerja ‘diswastakan’. Kementerian Kesihatan lantik sykt konsesi ikut zon Utara, tengah, Selatan dsbnya. Syarikat konsesi kroni ini pula lantik sub kontraktor yg bertukar setiap bbp tahun menjadi majikan utk semua pekerja-pekerja pembersihan ini.

Maka seolah olah pekerja ini tak de kena mengena dgn Kerajaan. Tapi hakikatnya, Kementerian Kesihatan bagi konsesi kpd Edgenta Mediserve, sykt UEM Group dipunyai oleh Khazanah Nasional 100%, yg di pengerusi kan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Edgenta Mediserve pula lantik subkontraktor Edgenta UEMS yg juga anak syarikat dia, GLC jugak!

Cerita klasik, kerajaan bagi kontrak kpd sykt Kerajaan. Poket kanan masuk poket Kiri. Jadi wajarke Kerajaan, Kementerian Kesihatan cuci tangan dan lepas kan tanggungjawabnya?

Sistem kontrak ini sebenarnya manfaatkan semua sykt kroni2 dan bos mereka shj, dan pekerja marhaen pula ditindas.

Apa gunanya, Kerajaan kuatkuasa undang undang buruh terhadap sykt Swasta jika sykt 100% kepunyaan Kerajaan sendiri tindas pekerja?

Cuci tangan 20 saat utk elak Covid19, tapi cuci lama2 pun tak mungkin elak tanggungjawab kerajaan utk menghentikan penindasan ini.

Hapuskan COVID-19, Hapuskan penindasan.

*A. Sivarajan*. SUA _Parti Sosialis Malaysia_. 11hb Jun 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!