Kes 53 cleaner sekolah sabak bernam, 4 bulan tak bergaji

*KES 53 CLEANER SEKOLAH SABAK BERNAM, 4 BULAN TAK BERGAJI*

*Perkembangan Terkini – Pekerja Sabak Bernam berkampung di Pejabat PM, Putrajaya*

Pada 29hb. March 2022, pekerja Pembersihan Sabak Bernam telah mengadakan protes occupy di Putrajaya dan Occupy(perkampungan) itu dihentikan ekoran mendapat syor dari Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa wang tertunggak akan dibayar selewatnya pada hari Jumaat 1hb. April 2022.

Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan(JPKK) telah memantau janji dan dan ingin memaklumkan bahawa Ketiga-tiga Syarikat pembersihan telah selesaikan tunggakan gaji sejak bulan November 2021. I ni merupakan tuntutan pokok mereka tempoh hari dan dengan bayaran tertunggak ini, ia merupakan satu kejayaan besar setelah pekerja turun perkampungan di Putrajaya.

Walaubagaimanapun, JPKK juga mendapati ada aduan bahawa ada potongan gaji yang dibuat yang kami anggap sebagai tidak sah dan JPKK akan teruskan tuntutan potongan gaji tidak berasas ini di Jabatan Tenaga Kerja(JTK) nanti. Kami juga meneliti aduan bahawa tunggakan KWSP, PERKESO dan SIP masih tidak diselesaikan oleh Syarikat-syarikat.

Selain itu, pihak kami dan Pekerja terus mendesak agar Kontrakter yang lebih bertauliah dipilih sementera sistem Kontrak ini dihapuskan pada masa depan. Perjuangan akan diteruskan.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak atas sokongan, dorongan, bantuan dan solidariti anda bersama pekerja-pekerja pembersihan Sabak Bernam.

Oleh:

M. Sivaranjani

Setiausaha

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Related

× Ada aduan? Hubungi SiAP!