Lambakan Aduan Kontraktor Kerajaan Tidak Patuhi Akta Kerja 1955 – JPKK Tuntut Tindakan

JARINGAN PEKERJA KONTRAK KERAJAAN

KENYATAAN AKHBAR
30 DISEMBER 2019

*LAMBAKAN ADUAN KONTRAKTER KERAJAAN TIDAK PATUHI AKTA KERJA 1955 – JPKK TUNTUT TINDAKAN:*

Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan (JPKK) menerima lambakan aduan daripada pelbagai pekerja kontrak di premis kerajaan seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan terhadap syarikat kontraktor yang tidak mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955 dalam kontrak perkhidmatan.

Menjelang tahun 2020, kebanyakan premis Kerajaan terutamanya Pekerja-pekerja Pengawal Keselamatan di sekolah-sekolah yang telah mendapat tender baru dan kontrak perkhidmatan baru. JKPP mendapati ramai Kontrakter baru yang langgar peruntukkan yang terkandung dalam Akta Kerja 1955. Antara aduan yang diterima oleh JPKK adalah:

1. Tidak laksanakan Gaji Minima RM1100 atau RM1200
2. Penipuan dalam pengiraan gaji OT
3. Tiada cuti rehat satu hari dalam seminggu
4. Pembayaran gaji normal untuk kerja hari rehat dan cuti am
5. Gaji pekerja dipotong untuk kos uniform

JPKK menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai majikan utama dan prinsipal kepada Kontrakter –kontrakter ini untuk mengarahkan kontraktor kerajaan di premis sekolah-sekolah memastikan terma-terma kontrak kerja baru yang ditawarkan untuk pengawal keselamatan di sekolah mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

Dalam mesyuarat pada 12 Disember 2019 bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, yang juga dihadiri oleh wakil Kementerian Sumber Manusia, JPKK telah menuntut KPM mengeluarkan arahan kepada kontraktor baru yang ambilalih tender mulai 2020 meminta pekerja Kontrak dibayar gaji yang betul terutamanya gaji OT yang betul. Kontrak kerja mesti dengan jelas menunjukkan Gaji minima RM 1100 atau RM 1200 adalah gaji untuk kerja lapan jam sehari sahaja, 48 jam seminggu dan kerja 26 hari dalam satu bulan. Masa sekerja selebih daripada itu adalah masa OT.

Kerajaan buat masa ini menggunakan sistem kontrak dipremis kerajaan seperti di sekolah, hospital dan semua premis kerajaan untuk tempohmasa singkat iaitu 2 tahun atau 3 tahun tender kepada syarikat swasta. Kontraktor swasta ini sering didapati mencabuli hak pekerja dan tidak mengikuti undang-undang pekerjaan. Pekerja kontrak tidak diberi gaji minima, tidak dikira OT dengan kadar betul, tidak memberi satu hari cuti rehat malah didapati pengawal keselamatan bekerja 365 hari dalam setahun, tiada cuti sakit, hilang tempoh perkhidmatan dan banyak lagi. Kontraktor swasta ini memeras pekerja dan membayar kadar yang kurang dari sepatutnya, kerana tamakkan keuntungan.

Selama ini, banyak aduan mengenai pencabulan hak kerja oleh kontraktor telahpun difailkan di Jabatan Tenaga Kerja seluruh Malaysia. Namum, masalah ini berterusan. Majikan sangat berani melanggar Akta Pekerja 1955 terutamanya tuntutan masa kerja dan bayaran lebih masa. Apabila pekerja menyuara hal ini mereka menjadi sasaran untuk dibuang kerja atau tidak diperbaharui kontrak.

JPKK menegaskan adalah tanggungkawab kerajaan untuk memastikan kontraktor di premis kerajaan mematuhi undang-undang. JPKK mohon Kerajaan mementingkan Hak Pekerja. KPM harus mengarahkan kontraktor mereka untuk mengikuti terma-terma yang terkandung dalam Akta Kerja 1955.

Oleh,
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Related

KAMI MEMBANTU ANDA!

Pada 23/8/23 jam 6.00 pm, saudara Dsm Ilanan telah mengadakan satu pertemuan bersama bekas-bekas pekerja sekuriti di Hospital Sungai Petani untuk semakan dokumen kali terakhir sebelum memfailkan tuntutan PGM 22 dan pengiraan gaji dari tahun 2021 sehingga awal tahun 2023. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriankesihatanmalaysia#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja

× Ada aduan? Hubungi SiAP!