M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan berjumpa dengan bekas Menteri Sumber Manusia, YB M.Kulasegaran, bertujuan untuk mendapatkan sokongan beliau dalam usaha menghapuskan sistem kontrak bagi khidmat sokongan ‘frontliner’ di bangunan kerajaan.

Beliau menyarankan supaya pelaksanaan polisi ini dilakukan mengikut cara kerajaan negeri Pulau Pinang, dimana kerajaan negeri terus mengupah pekerja dibawah pentadbiran sekolah (pengetua) , dan bukan nya melalui kontraktor. Dengan cara itu, kontraktor yang sudah tamat tender akan disingkirkan dari proses upah pekerja, sekaligus pekerja juga dapat menikmati gaji (RM1800) & faedah yang lebih baik berbanding dibawah kontraktor.

Pekerja pembersihan & keselamatan di sekolah dan hospital teraniaya dibawah sistem kontrak yang telah menyebabkan mereka kehilangan faedah kerja tetap seperti tiada kenaikkan gaji tahunan, tiada elaun baju & kasut, faedah perubatan, cuti tahunan, cuti sakit, saraan pencen, dan pelbagai lagi. Kerajaan juga membazirkan memperuntukkan 1/3 daripada bajet sektor keselamatan sekolah kepada kontraktor, dengan baki nya yang hanya sebanyak RM1 Billion yang di kongsi diantara 40,000+ orang pengawal keselamatan.

Bantu frontliner kita demi masa depan negara! Kebajikan pekerja pembersihan & keselamatan sekolah & hospital amat penting untuk memastikan kita semua sihat & bebas wabak.
Ayuh sokong tuntutan mereka dengan menandatangani petisyen kempen di shorturl.at/rDK57

One thought on “M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

  1. Howdy just wanted to give you a quick heads up and let you know
    a few of the images aren’t loading properly. I’m not sure why
    but I think its a linking issue. I’ve tried it in two different web browsers and both show the same outcome.

Leave a Reply to 우리카지노 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

KSM perlu mengiktiraf kumpulan pekerja sokongan sebagai kesatuan untuk melawan penindasan!

JPKK pagi tadi dipanggil mesyuarat bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia di Kementerian Sumber Manusia dalam usaha untuk di-iktiraf sebagai kesatuan rasmi untuk pekerja khidmat sokongan pembersihan & keselamatan bangunan kerajaan. Kumpulan pekerja sokongan sangat memerlukan kesatuan untuk melawan penindasan hak pekerja yang banyak berlaku di seluruh negara. Kesatuan rasmi boleh membentuk perjanjian bersama […]

Isu penting mesyuarat nasional JPKK – vaksin, potongan gaji dan salahlaku pihak sekolah

Hari ini Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat Nasional. Pekerja dari Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembulan, Johor dan Wilayah Persekutuan menghadiri mesyuarat ini, Antara isu utama yang dibawa dalam perbincangan adalah 1. Mengapa Vaksin masih belum diberikan kepada Pengawal Keselamatan di sekolah yang merupakan kumpulan yang paling terdedah dengan […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!