Mahkamah Rayuan Merujuk Kes Pemandu Lori kepada Mahkamah Seksyen untuk Membolehkan Perbicaraan Penuh Diadakan

Hari ini mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk merujuk kes pemandu lori yang dianiyayai dari dibayar EPF balik kepada Mahkamah Seksyen untuk membolehkan satu perbicaraan penuh diadakan. Peguam untuk Towkey adalah Bekas Pengerusi Majlis Peguam manakala Peguam yang membuat kes secara probono untuk para pemandu lori adalah Sdr New Sin Yew. Kes ini penting kerana ia mendedahkan bagaimana banyak Syarikat menggunakan pintu belakang untuk tidak membayar EPF dan berselindung dibelakang ayat-ayat teknikal yang mengelirukan. Keputusan mahkamah Rayuan hari ini yang tidak membuat sebarang keputusan memihak kepada mana-mana pihak tetapi meminta kes didengar semula akan melanjutkan penderitaan pemandu-pemandu lori ini. Namun demikian – Maniam yang menjadi pendukung utama kempen ini berazam untuk terus lawan. PSM akan sentiasa bersama pihak yang menjadi mangsa penipuan golongan majikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Mahkamah Jabatan Tenaga Kerja hari memerintahkan

Mahkamah Jabatan Tenaga Kerja hari memerintahkan syarikat HL HUB LI Eng Works untuk bayar RM 22,000 sebagai penyelesaian pampasan buang kerja kepada Sarkunum Veloo. Sarkunum seorang operator mesin, kehilangan 1/2 jari tengah tangan kanannya semasa membersihkan mesin kerja nya. Habuk besi menyebabkan luka seterusnya kehilangan 1/2 jari tengah. Selepas tamat MC beliau telah kembali ke […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!