Majikan tidak membayar gaji pegawai keselamatan

17 Oktober 2022.

Saudara Muhammad Aiman dari Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama saudara Arangkannal dan saudara Yogeindran dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menemani 3 bekas pegawai keselamatan dari 2 syarikat berbeza melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru berkenaan tindakkan majikan-majikan mereka itu yang tidak membayar gaji mereka untuk bulan September 2022.

Seramai 77 orang bekas pekerja pengawal keselamatan sekolah dari syarikat pertama hanya dibayar gaji sebanyak RM900 dan tiada caruman KWSP. Akibat situasi ini ada dalam kalangan pekerja ini mengalami kesusahan yang teruk kerana realiti mereka kais pagi malan pagi, kais petang makan petang.

Sebelum ini, pada 5 Oktober 2022, 4 orang bekas pengawal keselamatan syarikat itu telah berjaya mencapai kata putus dengan majikan berkaitan tuntutan gaji bulan 5. MOU telah ditandatangan namun sehingga kini duit tuntutan masih belum diterima.

Bagi bekas pengawal keselamatan syarikat kedua pula, seramai 5 orang tidak dibayar oleh majikan selain tidak pernah menerima slip gaji. Mereka sudah 1 bulan menunggu dan telah membuat laporan polis supaya majikan akur mendengar permintaan mereka namun majikan masih berdegil.

Perjuangan mereka baru sahaja bermula untuk kedua-dua kes ini. JPKK dan PSM akan sentiasa bersama pekerja sehingga mereka berjaya menuntut hak mereka. Hidup pekerja ✊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Kordinator JPKK fail tuntutan gaji di JTK JB

Johor: Pagi tadi pukul 10 kordinator JPKK, saudara Aiman bersama 3 orang bekas pengawal keselamtan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Skudai telah pergi ke Jabatan Tenaga Kerja JB untuk failkan tuntutan gaji tertunggak dan 1 bulan notis. Mereka telah dibuang kerja tanpa sebab munasabah oleh syarikat AllSafe Guards. Alasan PO mereka adalah tidak mahu pekerja bukan […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!