Membela Nasib Pekerja Kontrak di Bangunan Kerajaan

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan merupakan gabungan yang terdiri dari 20 organisasi aktivis akar umbi
yang ditubuhkan pada 2017, bertujuan untuk memperkasakan kordinasi pekerja kontrak di bangunan kerajaan seperti
pembersih, pengawal keselamatan, dan tukang kebun.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman JPKK, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa sistem kontrak lebih
banyak membawa mudarat berbanding faedah kepada pekerja yang membanting tulang menyumbang kudrat, tetapi sistem
ini hanya membawa hasil keuntungan kepada segelintir pihak sahaja.

JPKK berpendapat pekerja kontrak berhak diserap sebagai pekerja tetap di premis kerajaan, demi menjamin gaji bermaruah,
kestabilan kerja, dan banyak lagi yang semakin dikikis sistem kontrak.

Ikuti laman media sosial JPKK untuk mengikuti perkembangan kempen pekerja-pekerja dalam perjuangan mereka menuntut sistem kerja tetap.

twitter : https://twitter.com/jpkk_official
facebook : https://www.facebook.com/Jaringan-Pekerja-Kontrak-Kerajaan-JPKK-953464014854826
instagram: https://www.instagram.com/jpkk.official/
tiktok : https://vt.tiktok.com/ZS92E1sb/

#HapusSistemKontrak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!