Menteri Kesihatan Malaysia Diseru Hentikan Pemberian Konsesi Pembersihan kepada Pemeras Kesatuan

Tarikh: 21hb. November 2019

Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar , TV & Radio
Media Massa Online

*MENTERI KESIHATAN MALAYSIA DISERU HENTIKAN PEMBERIAN KONSESI PEMBERSIHAN KEPADA PEMERAS KESATUAN*

Pihak Kesatuan menyeru Menteri Kesihatan Malaysia hentikan pemberian konsesi pembersihan di hospital kerajaan kepada pemeras kesatuan yang sedang melakukan pemangsaan dan pemerasan kesatuan serta berniat jahat untuk membunuh kesatuan.

*Pemeras kesatuan yang merupakan UEM Edgenta Berhad , Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Edgenta UEMS yang kesemuanya adalah syarikat GLC di bawah Khazanah Nasional* yang memangsakan dan memeras kesatuan secara berterusan di 22 buah hospital kerajaan.

Pelbagai ugutan dan paksaan dibuat oleh pemeras kesatuan terhadap pekerja untuk menjadikan pekerja 20 tahun sebagai pekerja baru serta tidak mahu menyambung perkhidmatan pekerja. Walaupun sudah ada Perjanjian Bersama pertama kesatuan yang menjaga kebajikan pekerja, tetapi pemeras kesatuan tetap mengikari Perjanjian tersebut dan mengetepikan peranan kesatuan.

Oleh itu, kesatuan ingin menyerahkan memorandum kepada Menteri Kesihatan Malaysia untuk menghentikan pemberian konsesi kepada pemeras kesatuan dan meminta satu perbincangan dengan Menteri Kesihatan untuk mendapatkan penyelesaian untuk masalah kesatuan yang serius ini.

Maklumat penyerahan memorandum adalah seperti berikut :

Tarikh: *02 hb Disember 2019 (Isnin)*

Masa: 10.30 pagi

Tempat: Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Kami berharap pihak media dapat hadir dan membuat liputan agar isu-isu Kesatuan akan mendapat perhatian dari semua pihak. Untuk pertanyaan sila hubungi Saras di 016 558 7144 atau Dana di 016-6721 925.

Sekian terima kasih.
*Danaletchumi*
Perhubungan Perusahaan ( IRO ) Kesatuan

Related

× Ada aduan? Hubungi SiAP!