MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA

Pada sabtu & ahad lepas, JPKK Pusat bersama dengan JPKK Kedah, Perak & Perlis telah bermesyuarat bincang gerak kerja perjuangan kita untuk tuntut sistem kerja tetap. Walaupun menghadapi hujan lebat & risiko banjir, kami ingin ucapkan terimakasih kepada semua, termasuk Jawatankuasa Negeri Kedah, Perak & Perlis kerana berjaya menganjurkan sesi perbincangan yang sangat penting untuk masa depan pekerja kontrak kebersihan, keselamatan & tukang kebun bangunan kerajaan.

Banyak cadangan, masalah & pendapat pekerja mengenai hala tuju JPKK dibincangkan bersama. Antara isu yang timbul adalah kekurangan ahli pekerja yang aktif kerana takut hilang kerja & tidak yakin dengan tuntutan JPKK untuk hapus sistem kontrak. Tetapi isu keyakinan & ketakutan boleh diatasi sekiranya lebih ramai tahu mengenai kejayaan pekerja menang banyak kes lawan majikan di Mahkamah. Apa-apa nasihat undang-undang boleh kita beri, termasuk khidmat peguam sekiranya kes pekerja dibawa ke mahkamah. Ramai kontraktor sudah digugurkan & disenaraihitamkan setelah kita lawan mereka.

Ahli JPKK juga perlu ingat bahawa Kementerian, Ahli-Ahli Parlimen & badan lain seperti pejabat buruh, SOCSO juga menghubungi JPKK sebagai wakil kumpulan pekerja kita. Kajian & tuntutan JPKK juga sudah dibentang dalam sidang dewan rakyat Parlimen. Aktiviti & tuntutan kita selalu keluar di Radio, surat-khabar, dan siaran TV. Ini bermaksud bahawa tuntutan kita untuk HAPUS SISTEM KONTRAK adalah sesuatu yang popular & boleh kita capai sekiranya kita atasi masalah keyakinan & ketakutan ini.

Jawatankuasa-jawatankuasa negeri kita akan menjalankan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah keyakinan & ketakutan ini. Antaranya ialah;
1. Mengadakan taklimat mengenai hak pekerja dengan menjemput pegawai pejabat buruh/SOCSO/KWSP.
2. Mengadakan aktiviti konvoi dikawasan negeri masing-masing untuk rekrut ahli baru & yakinkan mereka mengenai perjuangan kita.
3. Mengadakan mesyuarat bulanan dengan disiplin untuk memantapkan gerakan negeri.
4. Mewujudkan tabung gerakan untuk aktiviti masa hadapan negeri.
5. Membuat kerja-kerja awalan untuk meramaikan himpunan pekerja di masa hadapan (Himpunan Hari Buruh)

Selain dari itu, kita juga menayangkan video dokumentari & animasi mengenai perjuangan tuntut kerja tetap. Komik, buletin, dan leaflet juga diberikan untuk diedarkan sebagai bacaan kawan-kawan pekerja di negeri masing-masing.

Mesyuarat ini membakar semangat baru dikalangan pimpinan JPKK Negeri berdepan cabaran ditahun akan datang. Dalam kerisauan menghadapi ancaman Omicron, musim hujan, masalah keyakinan dan ketakutan, semangat rakyat jaga rakyat terus terbukti sebagai kekuatan yang kita sentiasa ada. Semoga kita lihat semula kejayaan & kekurangan JPKK tahun 2021 sebagai pengajaran untuk langkah yang lebih besar untuk tahun 2022.

*HIDUP JPKK, HIDUP PEKERJA, HIDUP PERJUANGAN*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Sambutan Hari Pekerja bersama Gabungan Marhaen di Pasar Seni KL

JPKK sebagai sebahagian dari Gabungan Marhaen & Jawatankuasa Sambutan Hari Pekerja Mei 1 2022 meraikan hari keramat kaum buruh petang tadi, 23 April di perkarangan Pasar Seni KL. Sejumlah 20+ orang ahli JPKK hadir dari Kedah, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Semenyih dan pelbagai tempat. Kami mengucapkan beribu tahniah kepada yang hadir walaupun penat dan panas […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!