Pastikan cleaner dapat gaji penuh semasa PKP

Ramai cleaner sekolah mengadu pada kami yang gaji mereka akan dipotong masa PKP. Ada yang kena paksa ambil cuti, kalau tak cuti dikira tak hadir kerja. Majikan bagi alasan sebab pihak PPD & Kementerian Pendidikan Malaysia potong peruntukan sebab tak semua perlu berkerja semasa PKP 3.0 , tapi Kementerian Sumber Manusia kata tak boleh potong gaji semasa PKP, gaji minimum mesti dibayar?

Cleaner sekolah kerja ikhlas sebagai frontliner tidak disanjung tapi macam ni kerajaan layan mereka. Takkan gaji minimum RM1200 pun nak potong?

Dr Radzi Jidin Tolong ambil tanggungjawab, keluarkan arahan yang JELAS, pastikan cleaner dapat gaji penuh semasa PKP 3.0.

Kalau ada yang hadapi masalah sama, hubungi kami di 011-10767989. Sebarkan untuk pengetahuan ramai. Terimakasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Gaji cleaner sekolah dipotong?

Salam perjuangan, Jumaat lepas, lepas cleaner sekolah & JPKK bantah keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) potong gaji, hari ahad KPM keluarkan kenyataan untuk bayar penuh kepada kontraktor mengikut kontrak asal, bukan ikut kehadiran pekerja. Tak ada alasan untuk pekerja dipotong gaji, tak kira sama ada 60% kehadiran atau 100% kehadiran. Gaji minimum mesti dibayar (RM1200). Minta […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!