Pastikan pekerja pembersihan & keselamatan sekolah diutamakan vaksinasi bersama guru-guru di sekolah

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) manyambut baik tuntutan para guru di Sekolah untuk mengutamakan mereka dalam proses vaksinasi di Fasa 2 sepertimana yang dilaporkan di berita 21 April 2021 lalu (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/segerakan-vaksin-kepada-guru-antara-langkah-bendung-covid-19-di-sekolah-294444) bagi memastikan kelangsungan pendidikan pelajar. Pada masa yang, kami juga turut mengingatkan jangan lupakan pekerja kontrak di premis sekolah seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan tukang kebun yang juga menjadi barisan hadapan di sekolah dan mereka juga harus diutamakan bersama-sama dengan para guru di sekolah dalam proses vaksinasi.

Pekerja pembersihan & pengawal keselamatan sekolah yang diwakili Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), menggesa pihak kerajaan supaya mengambil serius pengorbanan mereka dalam perjuangan memulihkan negara dari wabak COVID-19. Banyak kluster COVID-19 telah tercetus di sekolah sebelum penutupan aktiviti tempoh persekolahan baru-baru ini.

Murid-murid terdiri daripada kumpulan terdedah, dan boleh menjadi pembawa virus diantara sekolah dan rumah. Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sebenarnya memainkan peranan penting dalam proses pembersihan premis sekolah; seperti pengurusan sisa buangan, sanitasi, dan penjagaan keselamatan; seperti penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu guru, murid & pelawat-pelawat lain.

Oleh yang demikian, mereka wajib disenaraikan sebagai penerima vaksin dengan secepat mungkin kerana ada kecenderungan bahawa sumbangan mereka seperti tidak diendahkan oleh Pihak pentadbiran sekolah. Kerajaan juga harus mempertimbangkan pemberian elaun khas barisan hadapan kepada golongan pekerja ini.
Selain daripada pengutamaan vaksinasi, pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan juga menuntut supaya keadaan mereka di sekolah dipantau oleh pihak berkuasa dengan segera semasa PKP ini. JPKK telah menerima pelbagai aduan mengenai salahlaku kontraktor yang tidak mematuhi undang-undang buruh di seluruh negara dimana ada segelintir kontraktor masih membuat potongan dalam gaji pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah semasa PKP walaupun ini adalah kontrak Kerajaan dan Kerajaan tidak membuat sebarang pemotongan gaji.

Dengan ini, kami berharap kerajaan akan ambil maklum sumbangan pekerja-pekerja ini dalam pembangunan negara, dan iktiraf mereka sebagai Barisan Hadapan. Langkah ini akan membuktikan bahawa Kerajaan tidak mengabaikan kelompok terdedah wabak Covid-19 ini serta mereka akan menikmati faedah yang diterima oleh pekerja barisan hadapan, malah kesengsaraan mereka dalam sistem kontrak juga boleh dihapuskan dan kebajikan pekerja B40 ini akan terjamin.

Oleh:
Danial Hakeem
Penyelaras
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
011-10907989

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Sambutan May Day akan datang

Sejarah membuktikan kebangkitan kaum pekerja yang mengubah nasib kaum tertindas di dunia. Ayuh sertai Sambutan Mei 1- Hari Pekerja Sedunia. 1 bulan lagi. Jumpa anda semua pada pd 1 Mei 2023 (Isnin) di Kuala Lumpur.

Pengambilan pelatih industri

Kami, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), ingin mencari seorang pelatih industri/intern bagi membantu perjalanan kolektif kami.Sebarang permohonan boleh dibuat & dihantar melalui e-mail kami seperti yang tertera dalam poster di bawah.

× Ada aduan? Hubungi SiAP!