Adakah pekerja kontrak di hospital & sekolah ditindas di bawah sistem kontrak?

Pekerja pembersihan & pengawal keselamatan hospital & sekolah ditindas di bawah sistem kontrak? Jom dengar ulasan ahli parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai isu ini.

Pekerja hilang faedah jaminan kerja, cuti tahunan, cuti sakit, elaun kesihatan, dan kontraktor selalu curi gaji overtime dan potong gaji tidak sah. Ada juga yang tidak carum KWSP dan curi wang KWSP pekerja. Gaji minima RM1200 pun ada yang tidak dibayar kontraktor.

“Kenapa tidak lapor ke pihak berkuasa?” apabila dilaporkan, selalu nya pekerja yang menjadi mangsa. Nama-nama pengadu selalu sampai ke kontraktor dan tiba-tiba kontraktor jumpa alasan untuk menghentikan khidmat pekerja yang membuat laporan.

Kontraktor yang bermasalah selalu dapat kontrak tender walaupun ada banyak aduan mengenai salahlaku mereka. Apa penyelesaian nya? Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan mengusulkan penyerapan pekerja sebagai pekerja tetap kerajaan supaya kita tidak perlu lagi bergantung kepada sistem kontrak yang berat sebelah & hanya menguntungkan kroni sahaja.

Layari laman web kami di jpkk.org untuk mengikuti perkembangan kempen. Sampaikan sokongan anda terhadap frontliner kita melalui tandatangan petisyen sokongan di https://jpkk.carrd.co/#petisyen

#HapusSistemKontrak #JaminanKerjaHakSemua #CleanerJugaFrontliner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!