Pengawal-Pengawal keselamatan Membuat Bantahan di Pejabat TNB Ipoh

13-03-2020, Pejabat TNB Ipoh – Pengawal – pengawal keselamatan Delta Force Security Services & Consultancy Sdn. Bhd. membuat bantahan dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap penganiayaan polis bantuan yang ditugaskan oleh Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).

Polis bantuan sengaja mengenakan penalti dari RM 200 sehingga RM 600 terhadap tuduhan- tuduhan yang tidak berasas seperti pengawal keselamatan berjambang, tidak memakai stoking, tidak memakai seluar slack, tidak memakai butang baju.

Keadaan ini menyebabkan pekerja mengalami tekanan dan oleh itu ada pekerja yang terpaksa berhenti kerja.

Oleh kerana itu, pekerja menuntut polis bantuan tersebut dipecat atau ditukar, menjamin pekerjaan yang berterusan, dan menjamin keharmonian di tempat kerja.

Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) juga bersama -sama menyokong perjuangan pekerja ini.

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!