Penyerahan Memorandum & Kajian Sokongan Penghapusan Sistem Kontrak

PENYERAHAN MEMORANDUM & KAJIAN SOKONGAN PENGHAPUSAN SISTEM KONTRAK

Selaras dengan pelancaran kempen ‘Hapus Sistem Kontrak: Jaminan Kerja Hak Semua’ pada 19 November lepas maka pada hari Jumaat ini, satu kumpulan kecil (sebagai menepati SOP PKPB) dari 5 orang wakil JPKK akan menyerahkan memorandum seperti butiran dibawah

Tarikh: 27 November 2020 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Pejabat Menteri Pendidikan (Alamat: Aras 10, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya)

Tindakan menyerahkan memorandum dan kajian dibuat ekoran tidak mendapat makumbalas untuk permintaan kami untuk satu temujanji mesyuarat pembentangan dengan menteri pendidikan. Disebabkan isu ini adalah penting dan tuntutan ini tidak boleh dilengah-lengahkan lagi, maka memorandum dan kajin ini diserahkan walaupun ia adalah semasa zaman pandemik.

Kami ingin mengajak rakan pekerja untuk menonton sekiranya anda kelapangan di link dibawah pada masa & hari penyerahan nanti. Link: https://www.facebook.com/Jaringan-Pekerja-Kontrak-Kerajaan-JPKK-953464014854826/

Tandatangan petisyen kami di sini http://chng.it/MQN7TrL6tw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!