Penyerahan Memorandum kepada Yb Menteri Kewangan

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan
D-3-33, Block D, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1,
Seksyen 8 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor

17 Disember 2020

Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar , TV & Radio
Media Massa Online

*PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA YB MENTERI KEWANGAN*
*JAMINAN KERJA UNTUK SEMUA – SERAP SEMULA PEKERJA KONTRAK*
Selaras dengan pelancaran kempen menghapuskan sistem kontrak pada 19 November 2020 dan tiga tuntutan kita, maka pada hari Jumaat ini, satu kumpulan kecil terdiri dari 6 orang wakil JPKK sebagai menepati SOP PKPB akan menyerahkan memorandum seperti butiran dibawah:
Tarikh: *18 Disember 2020 (Jumaat)*
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Pejabat Menteri Kewangan (Alamat: Aras 12, Blok Tengah, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya)

JPKK berpendirian bahawa Kementerian Kewangan adalah satu kementerian yang sangat relevan bagi kami membawa isu pekerja kontrak ini kerana keputusan penting mengenai pemberian kontrak-kontrak Kerajaan kepada Syarikat swasta diputuskan disini. Sebelum ini pihak kami sudahpun menyerahkan memorandum kepada YB Menteri pendidikan pada 26 November 2020 dan Menteri Kesihatan pada 3 Disember 2020.
Pihak kami mengalu-alukan kehadiran Media untuk meliputi upacara penyerahan ini dan jika pihak media tidak kesempatan, maka boleh menyaksikan siaran langsung melalui Live Facebook kami di Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK).

Sekian terima kasih dan untuk sebarang pertanyaan, dan maklumat lanjut atau untuk memperolehi memorandum kami, hubungi saya di talian – 010-2402159.

Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Sambutan May Day akan datang

Sejarah membuktikan kebangkitan kaum pekerja yang mengubah nasib kaum tertindas di dunia. Ayuh sertai Sambutan Mei 1- Hari Pekerja Sedunia. 1 bulan lagi. Jumpa anda semua pada pd 1 Mei 2023 (Isnin) di Kuala Lumpur.

Pengambilan pelatih industri

Kami, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), ingin mencari seorang pelatih industri/intern bagi membantu perjalanan kolektif kami.Sebarang permohonan boleh dibuat & dihantar melalui e-mail kami seperti yang tertera dalam poster di bawah.

× Ada aduan? Hubungi SiAP!