Perbicaraan Kes di Mahkamah Buruh Bangi – Pekerja Di Buang Kerja Secara Tidak Sah

Hari ini, saya dan Paremas E hadiri perbicaraan kes di mahkamah Buruh Bangi. Namun pihak Majikan Kong Hardware Trading tidak hadir dan Pengerusi mahkmah Tuan Junaidi mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang Pemandu lori bernama Lo Yoon Keong telah dibuang oleh majikan beliau tanpa notis secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan.
Maka beliau telah menghubungi Pusat Khidmat PSM Semenyih yang kemudian bersedia mengambil kes ini dengan kerjasama MTUC. Kami telah membantu pekerje memfail kes dibawah Akta Pekerjaan 1955 dimana Pekerja ini menuntut Faedah Penamatan Kerja mengikut Employment ( Termination & Lay Off Benefits ) Regulations 1980 dan Gaji Ganti Notis, Seksyen 13 (2) untuk 4 minggu.
Sdr Lo Yoon Keong telah dibuang kerja secara tidak sah, tanpa sebab dan tanpa notis pada 23hb. Oktober 2019. Pada hari itu majikan beliau panggil dia dan serah duit baki gaji RM360.00. Beliau juga sebelum ini tidak pernah diberi surat amaran, tunjuk sebab dan sebagainya.
Selepas beliau membuat aduan polis dan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja. Majikan beliau beritahu melalui telepon untuk tarik balik kes dan jika dia enggan maka Majikan akan buat satu aduan polis bahawa beliau curi minyak. Beliau amat terkejut dengan ugutan dan dengan bantuan PSM, beliau telah membuat aduan polis.
Hari ini setelah kenyataan saksi dibuat, Mahkamah memutuskan untuk memberikan keputusan pada 5hb. Mac 2020.
Hari ini kami berhujah Lo Yoon Keong telah dibuang kerja oleh Syarikat tanpa sebab atau alasan yang munasabah dan pemecatan beliau tidak wajar di bawah sebarang keadaanpun. Tuntutan penuh Lo Yoon Keong tidak sampai RM 3000 kerana pendapatan beliau sebulan hanyalah RM 1800. Sehingga hari ini, beliau langsung tidak juga mempunyai akaun bank kerana menurutnya pendapatan beliau hanya cukup untuk belanja dan makan. Sekarang beliau seang mencari pekerjaan baru.
Lo Yoon Keong walaupun seorang cina tetapi kisah dan taraf hidupnya memang susah seperti saudara pekerja dari etnik lain. Selain itu Majikan dia pun orang Cina. Maka inilah apa yang PSM selalu ceritakan. Masalah harus dilihat dari segi kelas iaitu kelas pekerja lawan kelas Majikan.

224 thoughts on “Perbicaraan Kes di Mahkamah Buruh Bangi – Pekerja Di Buang Kerja Secara Tidak Sah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!