Jangan zalimi pekerja! Perbincangan tentang masalah sistem kontrak dengan organisasi lain

Semalam, JPKK bermesyuarat bersama rakan-rakan seperjuangan dari kesatuan buruh, NGO, dan masyarakat sivil yang bertujuan membincangkan mengenai hasil kajian terbaru kami mengenai masalah sistem kontrak di bangunan kerajaan. Mesyuarat juga menghala kearah bagaimana kita boleh bersama-sama membawa perubahan untuk pekerja kontrak kebersihan & keselamatan di bangunan kerajaan seperti sekolah & hospital, yang selama ini ditindas kerana dasar penswastaan yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak sahaja.

Sistem upah berdasarkan kontrak adalah suatu sistem yang tidak adil untuk pekerjaan berbentuk penjagaan kebersihan & keselamatan bangunan awam, terutama sekolah & hospital. Pekerjaan-pekerjaan ini akan terus wujud selagi sekolah & hospital terus wujud, kerana kebersihan & keselamatan premis-premis ini mesti dijaga pada setiap masa. Pekerja yang berusaha menjaga kebersihan & keselamatan ini melakukan kerja tetap tetapi tidak pula dianggap pekerja tetap oleh pihak kerajaan.

Ribuan terimakasih diucapkan kepada rakan-rakan yang hadir memberi sokongan. Diharapkan agar hubungan diantara kesatuan, NGO-NGO masyarakat sivil & JPKK terus dapat dieratkan lagi, bukan sahaja dalam perjuangan pembebasan dari sistem kontrak, malah lebih jauh lagi, kearah pembebasan pekerja dari segala bentuk penindasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Sambutan May Day akan datang

Sejarah membuktikan kebangkitan kaum pekerja yang mengubah nasib kaum tertindas di dunia. Ayuh sertai Sambutan Mei 1- Hari Pekerja Sedunia. 1 bulan lagi. Jumpa anda semua pada pd 1 Mei 2023 (Isnin) di Kuala Lumpur.

Pengambilan pelatih industri

Kami, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), ingin mencari seorang pelatih industri/intern bagi membantu perjalanan kolektif kami.Sebarang permohonan boleh dibuat & dihantar melalui e-mail kami seperti yang tertera dalam poster di bawah.

× Ada aduan? Hubungi SiAP!