Protes di depan bangunan KPM oleh pekerja pembersih

PROTES DI DEPAN BANGUNAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH PEKERJA PEMBERSIH (CLEANERS) DARI TIGA BUAH SEKOLAH DI KUALA LUMPUR – KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGESAHKAN BON PELAKSANAAN KONTRAKTOR IDEAL CONCEPT RESOURCES MASIH DENGAN KPM

Pada 28hb Jun 2016, para Pekerja Pembersih dari 3 sekolah ini telah melakukan protes di depan bangunan KPM di Precint 1 Putrajaya bersama-sama ahli-ahli PSM.

Jaringan Pekerja Kontrak menuntut pihak KPM: Segera selesaikan gaji tunggakan pekerja-pekerja pembersih sekolah berjumlah RM43 800.

Latarbelakang isu ini

Tidak ada hasil jika tidak ada usaha. Hanya perjuangan melindungi hak pekerja. Begitulah kisah 24 orang pekerja pembersih (cleaners) dari 3 buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Methodist, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Davidson dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Davidson yang terletak di Kuala Lumpur.

Mereka telah ditipu oleh kontraktor kerajaan, Ideal Concept Resources tanpa dibayar gaji untuk 2 bulan iaitu Januari dan Februari 2016. Jumlah gaji yang tertunggak bagi semua pekerja adalah RM43 800.

Kontraktor Ideal Concept Resources, Che Roshidah Bt Mohd Said telah menghilangkan diri dan pekerja tidak dapat menghubungi majikan.

Pekerja telah membuat aduan polis dan membuat aduan di Pejabat Pendidikan Daerah. Walaupun pihak Pejabat Pendidikan Daerah telah mengambil langkah untuk menggantikan kontraktor sementara pada bulan Mac 2016 hingga Mei 2016, tetapi gaji pekerja untuk 2 bulan, Januari dan Februari masih belum dibayar.

Seramai 13 orang pekerja telah memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Ampang pada 23 Februari 2016. Pekerja-pekerja lain, iaitu lebih kurang 11 pekerja migran yang ditipu gaji tidak dapat menfailkan kes kerana tiada dokumen. Sehingga sekarang pekerja-pekerja sudah 2 kali hadir untuk rundingan di JTK tetapi kontraktor tidak hadir.

Jaringan pekerja kontrak telah menghantar 2 surat kepada KPM mengenai isu pekerja kontrak Ideal Concept Resources iaitu pada 10 Mac 2016 dan 23 Mac 2016. Namun, tiada maklumbalas terhadap surat-surat tersebut sehingga hari ini.

Perjumpaan dengan Pihak KPM

Satu rundingan telah diadakan pada 28hb Jun 2016  di antara 10 orang pekerja pembersih ini, disertai oleh dua orang ahli PSM, iaitu Saudari Sivaranjani dan Sook Hwa  dengan Penolong Setiausaha  Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Encik Fikri dan Encik Syed Faizal.

Hasil rundingan, pekerja-pekerja mendapat tahu bahawa bon pelaksanaan Kontraktor Ideal Concept Resources yang menipu gaji mereka masih dengan KPM, iaitu berjumlah RM43 800.84. Juga KPM bersetuju untuk menulis satu surat kepada kepada Jabatan Tenaga Kerja Ampang untuk segera perintah mahkamah supaya gaji tunggakan pekerja dapat disalurkan secepat mungkin.

Bahagian Perolehan juga memaklumkan bahawa Syarikat Ideal Concept Resource telah dibuang kerja dan disenaraihitamkan dari tender kerajaan.

Isu kedua yang dibawa oleh pekerja pembersih-pembersih sekolah ini adalah mengenai kontraktor baru, Antarik Resouces Sdn Bhd yang melanggar undang-undang pekerjaan. Kontraktor baru mengamalkan tempoh percubaan bagi semua pekerja lama, cuti tahunan yang kurang daripada peruntukkan Akta Kerja 1955, pemotongan duit dari gaji untuk pakaian seragam, gaji masih potong walaupun sijil cuti sakit diberi, tidak potong EPF dan SOCSO.  

Setelah mendengar semua aduan ini, Bahagain perolehan KPM  enggan berkata KPM tiada kuasa untuk bertindak bagi aduan ini dan meminta pekerja mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja.

 “KPM adalah big boss yang melantik kontraktor ini. Bagaimana boleh berkata tiada tanggungjawab terhadap salahlaku dia?” – Persoalan ini juga ditujukan oleh wakil PSM dalam meeting tersebut.

Rundingan ini merupakan satu kejayaan dalam perjuangan pekerja . Pekerja sangat gembira kerana KPM akan membayar gaji tertunggak  terus kepada mereka. Namun begitu mereka terpaksa menunggu arahan dari JTK.

PEKERJA MIGRAN TANPA DOKUMEN

11 dari 24 pekerja dari 3 sekolah ini adalah pekerja migran. Merekapun menitis peluh mencurah tenaga membersihkan sekolah-sekolah ini. Cuba bayangkan. Sekarang 2 bulan gaji tidak dibayar. Mereka tidak dapat buat aduan di JTK kerana tidak ada dokumen. Tapi gaji mereka ada dalam bon yang masih dipegang oleh KPM. KPM harus membayar terus tunggakan gaji kepada mereka.

KERAJAAN SEHARUSNYA MENGUPAH CLEANER SECARA TERUS SEPERTI DAHULU

Dulu semua pekerja cleaner di sekolah dan pejabat kerajaan lain di upah secara terus oleh kerajaan. Tidak ada orang tengah. Tidak ada kontraktor. Sekarang perkhidmatan cleaner telah diswastakan. Apabila pengswastaan dimulakan dulu, kerjaan memberi alasan supaya perkhidmatan lebih cekap dan mengurangkan beban kerajaan.

Tetapi pengswastaan telah menambah  kos. Kontraktor tidak semua menjalankan tugas. Kebajikan pekerja  terabai. Kontraktor lari. Beban kerajaan sebenarnya bertambah. Kualiti hidup rakyat kita yang bekerja di bawah kontraktor bertambah teruk.

Kerajaan harus menimbangkan semula supaya cleaner pekerja pembersih diupah secara terus oleh kerajaan dan mansuhkan sIstem kontraktor ini. Dengan ini kebajikan pekerja akan terjaga han hak pekerja terjamin.  

HAPUS SISTEM KONTRAK! HIDUP PEKERJA!

Ditulis bersama oleh

Cecilia Anthonysamy

Biro Pekerja

Parti Sosialis Malaysia

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!