Puan Valarmathy merupakan seorang cleaner yang m

Puan Valarmathy merupakan seorang cleaner yang mengalami kecederaan semasa pulang dari menghantar rakan sekerja nya ke rumah. Permohononan skim bencana pekerjaan Valarmathy telah ditolak kerana PERKESO berpendapat Valarmathy melencong dari jalan pulang ke rumah, sedangkan setiap hari Valarmathy menghantar rakan nya pulang kerja ! Perkara ini juga sudah diketahui oleh majikan nya.

Rakan sekerja Puan Valarmathy tinggal di kawasan yang tidak di lalui oleh bas awam, jadi Valarmathy dengan baik hatinya menawarkan pertolongan menghantar beliau pulang kerja. Namun, PERKESO menggunakan alasan ini untuk menolak permohonan Skim Bencana beliau kerana Valarmathy menerima 50rm sebulan dari rakan nya sebagai duit petrol, dengan alasan bahawa Valarmathy telah melakukan pekerjaan lain untuk mencari duit saku.

Valarmathy masih lagi merana daripada kemalangan yang ditempuhi hari itu, dan memerlukan RM18,000 bagi merawat tulang belakang nya yang memerlukan 4 skru untuk distabilkan semula. Diharapkan sekiranya kes ini berpihak kepada Valarmathy, dapatlah dia menggunakan wang Skim Bencana Pekerjaan itu untuk rawatan dan pembedahan.

#CleanersJugaFrontliners

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA Pada sabtu & ahad lepas, JPKK Pusat bersama dengan JPKK Kedah, Perak & Perlis telah bermesyuarat bincang gerak kerja perjuangan kita untuk tuntut sistem kerja tetap. Walaupun menghadapi hujan lebat & risiko banjir, kami ingin ucapkan terimakasih kepada semua, termasuk Jawatankuasa Negeri Kedah, Perak & Perlis kerana […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!