Rakyat Dikenakan Tindakan Tegas, Majikan Dibiarkan Jika Melanggar PKP?

*KENYATAAN AKHBAR – 6TH APRIL,2020 – PARTI SOSIALIS MALAYSIA*

*RAKYAT DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS, MAJIKAN DIBIARKAN JIKA MELANGGAR PKP?*

Pada masa bila rakyat biasa yang melanggar PKP dikenakan tindakan tegas , sehingga ditahan, diheret ke mahkamah dan di penjarakan, kenapa pula pihak majikan dibenarkan terus melanggar arahan PKP dan menganiyayai pekerja?

Sepanjang 15 hari ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedang membantu pekerja-pekerja di Malaysia untuk menjawab semua soalan mereka melalui Hotline kami. Lebih 250 panggilan telah direkod oleh semua penyelaras kami.

Pada awal pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami dibanjiri dengan aduan dari pekerja tentang syarikat-syarkat yang gagal mematuhi garispanduan yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Diantara aduan yang PSM terima ialah;

a. Syarikat yang bukan perkhidmatan atau pembuatan kritika ‘€˜_essential_’ beroperasi secara ‘_curi-curi_’€™ tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

b. Majikan yang memaksa pekerja hadir kerja.

c. Majikan yang dibenarkan beroperasi oleh MITI pula gagal mematuhi syarat mengurangkan kapasiti pekerja ke 50% (_seperti sektor makanan, perladangan, dan pembuatan_).

d. Majikan yang leka dan tidak menyediakan mask, sanitizer ataupun tidak mengamalkan penjarakan social ‘€˜_social-distancing_’ dikilang.

e. Kilang yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai diberikan kebenaran beroperasi seperti industri Semikonduktor dan Elektronik. Bilangan ribuan pekerja dipremis kilang menyebabkan langkah penjarakan social, ‘€˜_social distancing_’ tidak dapat dilakukan. Bayangkan kesannya jika kes Covid19 merebak seperti api !

f. PSM juga mendapat aduan dan risau mengenai kondisi di asrama dan hostel pekerja. Terutamanya hostel dan rumah-rumah yang disewakan oleh majikan untuk pekerja asing. Kebanyakkan hostel in padat dan tidak mungkin penjarakan social dilaksanakan. Pada masa kerja mungkin pekerja tidak merasakannya kerana, rakan sekerja mereka mungkin keluar bekerja dalam syif kerja yang berbeza. Tetapi dalam situasi PKP, semua pekerja terpaksa duduk dirumah dan tidak dapat keluar. Ianya juga ada kemungkinan menjadi suatu hotspot untuk Covid19 merebak .

Sekarang di fasa kedua PKP, kebanyakan pekerja mengadu bahawa:

1. Syarikat memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun mengunakan cuti tahunan dalam masa ini. Walaupun mereka tidak setuju, tetapi majikan mengugut pekerja bahawa mereka akan buang kerja jika tidak mengisi borang setuju ambil cuti tahunan dan cuti tanpa gaji.

2. Syarikat telah memotong gaji untuk tempoh PKP. Pekerja terkejut apabila tengok slip gaji mereka. Mengapa syarikat tidak mematuhi arahan Kerajaan yang menyatakan Gaji tidak boleh potong? Malangnya apabila aduan dikemukakan oleh pekerja, Jabatan Tenaga Kerja JTK meminta pekerja menunggu sehingga tempoh PKP tamat dan barulah membuat aduan dan tuntutan di Jabatan Tenaga Buruh.

Tetapi jika gaji bulan Mac mereka dipotong teruk, bagaimana mereka hendak menampung kos makan dalam bulan April, Mei ini?

3. Syarikat juga membuang pekerja tanpa notis dengan menghantar mesej di whatsapp dan ada juga syarikat yang memberi alasan perniagaan tidak boleh diteruskan kerana isu Covid19 dan memberhentikan pekerja. Sektor hotel, syarikat penerbangan dan banyak lagi syarikat mengambil tindakan ini. Tindakan ini memberi gambaran bahawa Syarikat mengambil kesempatan terhadap situasi dan tidak menggunakan kaedah pengurangan ataupun pemberhentian pekerja mengikut undang-undang kerja. Ada juga pekerja yang dihentikan dengan serta merta!

Kami memandang serius kelakuan Syarikat-syarikat ini yang hanya mementingkan perniagaan semata-mata walaupun nyawa mereka sendiripun berisiko pada masa ini. Hal pencegahan wabak ataupun keselamatan pekerja diabaikan. Syarikat-syarikat ini, selama ini mengaut kenuntungan jutaan ringgit dan kini ‘menangis dan merungut’€™ untuk membayar gaji sehingga tempoh PKP tamat.

Kita selalu dengar rungutan pihak majikan walaupun sedikit faedah dinaikkan kepada pekerja. Tetapi semasa seluruh negara dalam berdepan dengan Pandemic Covid-19, mereka masih teruskan rungutan mereka tentang keuntungan mereka. Terdedah fikiran kapitalis majikan yang enggan bersolidariti dengan rakyat melawan wabak Covid 19 .

PSM menyeru Menteri Sumber Manusia dengan segera mengkerahkan anggotanya untuk turun padang dan memeriksa aduan-aduan pekerja ini dengan serius. Arahan kepada pekerja untuk memfailkan aduan dan kes mereka selepas tempoh PKP Covid 19 tidak masuk akal. Arahan potong gaji dan pemgambilan cuti paksa sedang dilakukan oleh majikan sekarang , maka pihak KSM harus bertindak sekarang memberikan amaran dan tindakan jelas keatas majikan-majikan yang ingkar .

Maka, Kerajaan harus tegas dalam memastikan tindakan segera diambil keatas majikan-majikan yang tidak berhati perut ini serta menjaga kebajikan dan menegakkan hak pekerja.

*Sivaranjani Manickam*
_Penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia_
_010 240 2159_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

200 Pengawal Keselamatan Sekolah 2 Bulan tak Bergaji: KPM HENTIKAN WIRA CORPS, GANTI SYARIKAT LAYAK!

Lebih kurang 200 Pekerja Kawalan Keselamatan Sekolah dibawah naungan syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd tidak bergaji selama 2 bulan. JPKK mendapat berita terbaharu ini setelah penghebahan mengenai 38 Pengawal Keselamatan Sekolah Perlis yang hidup 2 bulan tanpa gaji dibawah syarikat ini. Setelah dihubungkan dengan pekerja negeri lain, diketahui bahawa syarikat ini juga gagal […]

38 pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan

38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis, telah hidup dalam keadaan tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak dua bulan lalu. Pengawal-pengawal keselamatan yang diupah di bawah syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd ini ditempatkan di 10 buah premis Kementerian Pendidikan di sekitar kawasan Chuping dan Arau, Perlis, seperti […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!