Rundingan Damai di Antara 3 Pekerja Pembersihan dengan Majikan

24-06-2020, Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak –

Hari ini Rundingan damai ke-2 di bawah Seksyen 20 telah diadakan di antara 3 pekerja pembersihan di Proton Tanjung Malim dengan majikan Perkhidmatan Arah (M) Sdn. Bhd. Pekerja diwakili oleh Sdri. Dana dari PSM dan majikan diwakili oleh Pengurus Besar, En. Mohd Noor.

3 pekerja ini adalah antara yang telah diberhentikan secara tiba-tiba tanpa notis penamatan dan tidak mengikuti prosedur yang betul. Lebih-lebih lagi mereka dihentikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-2.

Pekerja memfailkan kes di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Rundingan Pertama telah diadakan pada 09-06-2020 dan majikan memberitahu Proton yang arahkan untuk kurangkan bilangan pekerja apabila kontrak Perkhidmatan Arah diperbaharui pada 15-04-2020. Sebab itulah pekerja-pekerja ini dihentikan. Majikan diarahkan oleh JPP untuk memberikan dokumen berkaitan kontrak barunya pada hari ini, 24-06-2020.

Oleh kerana ada 2 kekosongan di Proton, majikan mencadangkan bagi 2 pekerja yang berkhidmat lama, kerja mereka akan dipulihkan tanpa sebarang bayaran gaji tunggakan. Pekerja tidak bersetuju dan menuntut gaji tunggakan bagi 2.5 bulan sejumlah RM 3,000.

Majikan pada mulanya hanya bersetuju untuk memberi token sebanyak RM 300 tetapi pekerja tidak mengalah dan terus bertegas dengan gaji tunggakan RM 3,000.

Selepas rundingan demi rundingan, akhirnya majikan bersetuju untuk menjelaskan gaji tunggakan sejumlah RM 2,500 dan pemulihan kerja. 2 pekerja itu diminta untuk mulakan kerja pada 26-06-2020.

Walaupun 2 pekerja sudah dipulihkan kerja dengan gaji tunggakan, namun seorang lagi pekerja tidak dipulihkan kerja dengan alasan pekerja ini hanya bekerja selama 10 bulan dan keutamaan diberi kepada pekerja lama. Bagi pekerja ini,kes akan disambung di Mahkamah Perusahaan. Perjuangan pekerja ini akan diteruskan.

Syabas kepada 2 pekerja yang akan kembali bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Sambutan Hari Pekerja bersama Gabungan Marhaen di Pasar Seni KL

JPKK sebagai sebahagian dari Gabungan Marhaen & Jawatankuasa Sambutan Hari Pekerja Mei 1 2022 meraikan hari keramat kaum buruh petang tadi, 23 April di perkarangan Pasar Seni KL. Sejumlah 20+ orang ahli JPKK hadir dari Kedah, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Semenyih dan pelbagai tempat. Kami mengucapkan beribu tahniah kepada yang hadir walaupun penat dan panas […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!