Rundingan Damai untuk Kes Pembuangan Kerja

JTK RAWANG, 4 September 2019: Hari ini runding damai untuk Kes pembuangan kerja untuk pekerja pembersihan Renganayaki dari SK Kalumpang telah diadakan di Jabatan Tenaga Kerja Rawang. Pekerja menuntut pemulihan kerja mengikut Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan.

Pihak majikan Permai Unggul Enterprise mengatakan tidak dapat memulihkan kerja kerana tidak dapat apa-apa tender pembersihan di kawasan persekitaran kalumpang . Selepas rundingan, pihak majikan bersetuju untuk membayar pampasan mengikut undang-undang buruh, iaitu bayaran gaji ganti notis sebulan dan faedah pemberhentian kerja mengikut jumlah tahun perkhidmatan. Sebulat suara majikan dan pekerja bersetuju untuk bayaran sebanyak RM3000 kepada pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Isu penting mesyuarat nasional JPKK – vaksin, potongan gaji dan salahlaku pihak sekolah

Hari ini Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat Nasional. Pekerja dari Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembulan, Johor dan Wilayah Persekutuan menghadiri mesyuarat ini, Antara isu utama yang dibawa dalam perbincangan adalah 1. Mengapa Vaksin masih belum diberikan kepada Pengawal Keselamatan di sekolah yang merupakan kumpulan yang paling terdedah dengan […]

M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan berjumpa dengan bekas Menteri Sumber Manusia, YB M.Kulasegaran, bertujuan untuk mendapatkan sokongan beliau dalam usaha menghapuskan sistem kontrak bagi khidmat sokongan ‘frontliner’ di bangunan kerajaan. Beliau menyarankan supaya pelaksanaan polisi ini dilakukan mengikut cara kerajaan negeri Pulau Pinang, dimana kerajaan negeri terus mengupah pekerja dibawah pentadbiran sekolah (pengetua) […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!