Selamat Hari Malaysia! Bebaskan pekerja dari sistem kontrak!

🇲🇾(SELAMAT HARI MALAYSIA)🇲🇾

Bebaskan Pekerja Dari Sistem Kontrak!

Pada 19 OGOS, Pekerja kawalan keselamatan menang KES MAHKAMAH melawan majikan yang memberhentikan kerja secara tiba-tiba di akhir kontrak.
ALASAN MAJIKAN ADALAH KERANA KERJA KAWALAN KESELAMATAN ADALAH KERJA JANGKA MASA TERHAD (FIXED).

🤔Apa yang berlaku?🤔
Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd selaku majikan telah mengajikan Encik Sri Kavin Sananadas sebagai Pengawal Keselamatan (Security Guard) secara kontrak untuk tempoh 1 tahun di lombong kepunyaan mereka yang terletak di Gerik, Perak.
Perkhidmatan beliau telah ditamatkan tanpa notis awal pada 01-07-2019 dengan alasan kontrak kerja telah tamat setelah genap 1 tahun kontrak.

⚖️Apa keputusan Mahkamah?⚖️
Mahkamah memutuskan terdapat percanggahan dalam kontrak pekerja yang menandakan beliau adalah pekerja tetap & bukannya pekerja sementara seperti yang didakwa majikan.

Antara tanda-tanda tersebut ialah :

  1. Kerja bukan bersifat sementara atau terhad tetapi bersifat tetap
  2. Cuti tahunan & Umur Persaraan tidak perlu dinyatakan, KALAU BETUL KERJA TIDAK TETAP

Pekerja telah menang dalam kes ini dan Mahkamah mengarahkan majikan membayar pampasan sebanyak RM 37, 270.50 dalam 30 hari.

Kontrak perkhidmatan masa terhad bagi pekerjaan tetap yang diperlukan sepanjang masa adalah PALSU.
Banyak majikan salahguna kontrak masa terhad untuk pekerjaan tetap, untuk jimat kos tetapi pekerja ditindas. Ini tidak adil!
KERJA KAWALAN KESELAMATAN ADALAH KERJA TETAP!

Nota:
Kontrak berjangka tetap digunakan untuk pekerjaan tetap seperti pengawal keselamatan dan pembersih di mana pekerjaan ini akan diperlukan selagi bangunan itu ada.
Kontrak berjangka sementara harus digunakan untuk pekerjaan sementara sahaja, seperti pekerjaan melukis mural & mengecat bangunan.
Berdasarkan pemutusan (Award) ini, majikan menyalahgunakan kontrak jangka tetap untuk pekerjaan tetap dan menggunakannya dengan mudah untuk pemecatan yang tidak sah.

Sokong kempen Hapus Sistem Kontrak untuk Pekerja Tetap di jpkk.org

#HapusSistemKontrak #JaminanKerjaHakSemua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

38 pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan

38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis, telah hidup dalam keadaan tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak dua bulan lalu. Pengawal-pengawal keselamatan yang diupah di bawah syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd ini ditempatkan di 10 buah premis Kementerian Pendidikan di sekitar kawasan Chuping dan Arau, Perlis, seperti […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!