Apa Itu SiAP?

Sistem Aduan Pekerja

SiAP merupakan sistem penerimaan aduan pekerja berkaitan dengan masalah-€“masalah buruh untuk semua pekerja di Malaysia, termasuk pekerja migran atau pekerja yang bukan warganegara tetapi duduk di Malaysia.

SiAP diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang memperjuangkan hak pekerja seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan dan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) dan Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM). Inisiatif ini juga disokong oleh Atlantic Institut dan The Equity Inisiatif Southeast Asia.

Talian hotline SiAP 011-10767989 juga dilancarkan hari ini untuk para pekerja membuat aduan atau meninggalkan pesanan melalui WhatsApp mengenai masalah yang berkaitan dengan pekerjaan. Semua nasihat dan kaunseling yang diberi kepada para pekerja adalah percuma. Kes-kes yang dilaporkan kepada SiAP juga akan ditujukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) , Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan Jabatan lain yang bertanggungjawab. Disertakan dibawah satu senarai soalan yang lazim ditanya.

SiAP berharap boleh berkerjasama dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk bersama mencari penyelesaian lebih baik untuk pekerja yang mengalami masalah buruh. Selain itu, statistik kes yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan dasar-dasar pekerja.

Untuk sebarang pertanyaan, kami boleh dihubungi melalui 0166377901 (Geetha) atau 010240 2159 (Sivaranjani).

Related

Boleh ke majikan potong gaji semasa PKP?

Boleh ke majikan potong gaji semasa PKP? Kami terima banyak aduan mengenai majikan mahu potong gaji dari pekerja pembersihan sekolah. Apa tanggungjawab majikan untuk jaga pekerja? Tonton video dibawah untuk penjelasan lanjut. Jangan lupa kongsikan bersama rakan pekerja supaya mereka tahu hak mereka! Dr Radzi Jidin Datuk Seri M Saravanan minta tolong pantau keadaan pekerja […]

Outsourcing of support services in public sector and the way forward!

Live Now!Online Series: Southeast Asian Left Solidarity Online Talk Series:Outsourcing of support services in public sector and the way forward Outsourcing is rampantly happening in every working sector globally. Workers are losing their job security and benefits due to outsourcing or contract system. This also has widespread in the public service sector. During this pandemic, […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!