Bagaimana frontliner hospital dan sekolah ditindas sistem kontrak

VIDEO: BAGAIMANA FRONTLINER HOSPITAL & SEKOLAH DITINDAS SISTEM KONTRAK – video penerangan dalam masa 5 minit sahaja

Pekerja pembersihan & keselamatan bangunan kerajaan, seperti sekolah & hospital, sedang merana dibawah sistem pengupahan kontrak. Dahulu, sebelum khidmat ini diswastakan, mereka menikmati kenaikkan gaji tahunan, cuti tahunan & cuti sakit,
saraan pencen, dan jaminan kerja.

Malangnya, hak-hak tersebut hilang dibawah pengupahan kontrak, yang mengikat gaji mereka ditaraf gaji minimum walaupun mereka sudah bekerja di premis yang sama selama berpuluh tahun. Setiap 3 tahun,
kontrak akan diperbaharui, meletakkan mereka ditaraf pekerja baru; malah ramai yang sering diberhentikan kerja di-akhir kontrak dan segala cuti yang dikumpul kembali ke jumlah asal.

PEKERJA TUNTUT 3 PERUBAHAN:
1. Hapus Sistem Kontrak
2. Hapus Budaya Kroni
3. Kurangkan Pembaziran, Cekapkan Pentadbiran

Sila like, retweet & share animasi melalui link dibawah!

Twitter: https://twitter.com/jpkk_offici…/status/1436300418653376523…

Instagram: https://www.instagram.com/tv/CTpBWWFJequ/…

Youtube: https://youtu.be/Du71lEFrwvg

Tandatangani petisyen kempen di: https://www.change.org/p/demanding-permanent-employment-for…
Jika ada masalah di tempat kerja, sila hubungi hotline kami (SiAP – 011-10767989)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!