Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Tidak Membayar Gaji Minima

Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. tidak membayar gaji minima sejak bulan Januari 2019. Pekerja kawalan keselamatan, Sri Kavin Das telah memfailkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja Gerik.
Pada masa yang sama, Kavin juga telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh untuk menuntut :
a. Pemulihan kerja.
b. Gaji tertunggak

Tetapi rundingan damai pada 6.8.19 telah gagal dan kes Kavin dirujuk ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Putrajaya.
Walaupun rundingan itu gagal tetapi Kavin berjaya dalam tuntutan gaji minima.

Pada 28.8.2019, majikan :
a. membayar gaji minima dan elaun tertunggak kepada Kavin dari bulan Januari 2019 sebanyak RM 1,239.90.
b. Memo dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja menyatakan gaji minima akan diberi kepada semua pekerja .
c. Gaji minima serta elaun OT tertunggak juga akan dibayar kepada semua pekerja.

Ini adalah salah satu kejayaan pekerja apabila pekerja tampil ke depan dan memperjuangkan hak-hak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

Sambutan Hari Pekerja bersama Gabungan Marhaen di Pasar Seni KL

JPKK sebagai sebahagian dari Gabungan Marhaen & Jawatankuasa Sambutan Hari Pekerja Mei 1 2022 meraikan hari keramat kaum buruh petang tadi, 23 April di perkarangan Pasar Seni KL. Sejumlah 20+ orang ahli JPKK hadir dari Kedah, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Semenyih dan pelbagai tempat. Kami mengucapkan beribu tahniah kepada yang hadir walaupun penat dan panas […]

Font Resize
× Ada aduan? Hubungi SiAP!