YB Dr. Maszlee Malik Berjanji untuk Hentikan Penindasan Terhadap Pekerja-Pekerja Kontrak Sekolah

PRESS STATEMENT PARTI SOSIALIS MALAYSIA

DATE: 28th MARCH 2019

YB Dr.MASZLEE MALIK BERJANJI UNTUK HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP PEKERJA -PEKERJA KONTRAK SEKOLAH

27 Mac 2019 – Bermula jam 2:15 petang, telah diadakan satu pertemuan antara Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dengan Yang Berhormat Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5, Putrajaya.

Antara lain, JPKK telah mengemukakan permasalahan yang melibatkan pekerja-pekerja kontrak kerajaan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu pekerja pembersihan sekolah, tukang kebun dan juga pengawal keselamatan sekolah.

Permasalahan yang diutarakan adalah berkaitan hal umum dimana pengurangan perbelanjaan kementerian telah mengakibatkan kontraktor memperkecilkan operasi yang sekaligus menjadikan lebih 12,000 pekerja kontrak ini kehilangan kerja. Dan mana-mana yang masih bekerja pula telah mengalami kekurangan pendapatan dengan beberapa perubahan yang berlaku.

Masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak ini mempunyai dua puncanya. Pertama, sistem kontrak yang miskinkan pekerja. Di mana tempoh perkhidmatan seseorang pekerja kontrak tidak diambilkira. Ini menyebabkan keadaan di mana gaji sentiasa pada tahap permulaan; caruman KWSP dan SOCSO selalu berasaskan gaji minima tidak kira pekerja itu kerja 20 tahun; cuti tahunan dan cuti sakit yang kurang. Juga tidak ada jaminan kerja di mana selepas 3 tahun, boleh hilang kerja.

Punca kedua adalah kontraktor yang langgar undang-undang kerja dan menindas pekerja seperti kegagalan kontraktor membayar gaji minima, atau bayar gaji lewat, gagal melunaskan caruman KWSP walaupun gaji pekerja dipotong, kaedah pengiraan bayaran kerja lebih masa yang tidak betul dan beberapa lagi masalah yang memangsakan golongan pekerja. Keadaan ini menjadi lebih buruk sebab KPM tidak mainkan peranan apabila aduan dibuat. Sebaliknya menasihatkan pekerja buat aduan di JTK. Di mana pekerja enggan sebab takut dimangsakan. Adakala kontraktor tidak hiraukan perintah mahkamah buruh. Perkara sebegini selalu berulag apabila kontraktor tukar 3 tahun sekali.

YB Menteri KPM telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap penganiayaan pekerja oleh kontraktor yang menindas pekerja dan meminta pihak JPKK untuk bertindak sebagai perantara antara golongan pekerja dan KPM agar permasalahan ini dapat diselesaikan. Beliau juga memaklumkan untuk menyemak semula polisi-polisi berkaitan kontrak agar golongan pekerja tidak teraniaya.

YB Dr.Maszlee juga meminta JPKK menghantar semua kontraktor yang langgar undang-undang pekerjaan supaya siasatan dijalankan dan jika didapati benar, maka syarkat dan kontraktor akan disenaraihitamkan oleh KPM. YB menteri juga meminta jpkk Dan psm untuk membantu menubuhkan union untuk membela pekerja kontrak dimana beliau simpati dengan nasib mereka.

JPKK juga mengusulkan beberapa syor jangka pendek untuk memperbetulkan keadaan sekarang dan juga syor jangka panjang agar sistem kontrak untuk tugas-tugas pembersihan, perkebunan dan kawalan keselamatan dihapuskan dan semua pekerja diserap menjadi kakitangan awam sekaligus menjadikannya lebih efisyen.

YB Menteri juga berkata sistem kobtrakter dulu berlandaskan kroni dan beliau akan memastikan amalan ini dihentikan sertamerta. Beliau turut berjanji untuk memanjangkan syor-syor ini kepada kabinet dan Perdana Menteri serta juga kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Wan Zamzahidi Wan Zahid
B/P Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan (JPKK)
Ahli Jawatankuasa Pusat Pusat Khidmat PSM Bagan Serai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related

SOUTH EAST ASIA SOLIDARITY TALK SERIES: OUTSOURCING OF SUPPORT SERVICE WORKERS IN THE PUBLIC SECTOR IN MALAYSIA & ITS CONSEQUENCES

By Danial Hakeem, JPKK 1. In your opinion how far the outsourcing in the public service has expanded in your country? In Malaysia, the planning to outsource in public sector was announced in 1995, under the 7th National Malaysia Plan. then, outsourcing of support services in public sector started to be implemented in 1997, by […]

Pengumuman dari JPKK

*Pengumuman dari JPKK:* Salam Perjuangan. JPKK menerima banyak aduan dalam minggu ini terutamanya pekerja pembersihan sekolah yang mengadu bahawa kontraktor minta untuk hadir kerja selang satu hari ke kerja dan gajinya akan dipotong pada hari yang tidak bekerja. Pemotongan gaji ini adalah tidak sah. Tolonga suarakan kepada kontraktor. Jika kontraktor teruskan pemotongan gaji, tolong mengadu […]

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!