Isu pekerja kontrak – koleksi berita mesyuarat dengan Maszlee

Pekerja pembersihan, keselamatan sekolah dapat peruntukan tambahan

WARTAWAN SINAR HARIAN | 29 Mar 2019

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju membenarkan Kementerian Pendidikan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk mengatasi isu berkaitan kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan, kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti isu itu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja terbabit terpelihara.

“Ini merupakan usaha awal Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada awal minggu ini.

“Segala perbincangan berkenaan dibawa untuk perhatian Menteri Kabinet dan Kementerian Pendidikan akan terus berusaha memastikan isu berkaitan dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!