Mengenai JPKK

MENGENAI JPKK

Sejarah Kami

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) adalah satu entiti yang dianggotai oleh pekerja-pekerja kontrak dari premis kerajaan seperti pekerja-pekerja pembersih, pengawal keselamatan dan pekebun.

JPKK bermula dengan perbincangan tentang isu sistem kontrak pada tahun 2004. Perbincangan ini telah mewujudkan idea untuk keluarkan risalah dan sebarkan kepada pekerja yang mengalami masalah.

Sepanduk dengan teks ‘Pekerja Syarikat Double Click Tidak Dibayar Gaji JPN Cuci Tangan Pejerja Makan Apa?’ dipegang oleh pembersih di luar sekolah

Pada tahun 2015, fokus kami mula di sektor kerajaan apabila beberapa kes pekerja pembersih di sekolah tidak dibayar gaji untuk beberapa bulan. Kami membuat satu kajian melalui cawangan-cawangan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tentang situasi benar. Kes ini menjadi pencetus penubuhan JPKK.

Sehingga sekarang kita ada lebih daripada 300 pekerja kontrak yang menjadi ahli di JPKK. Pekerja-pekerja kontrak ini adalah dari hospital, sekolah, Majlis Perbandaran, mahkamah, Pejabat Daerah dan lain-lain.

Misi Kami

Hapuskan Sistem Kontrak. Jaminan Kerja Hak Semua

Misi kami adalah untuk menuntut kerja tetap untuk pekerja-pekerja kontrak di premis kerajaan seperti pengawal keselamatan, pembersih dan pekebun!

× Ada aduan? Hubungi SiAP!