Pengawal Keselamatan Sekolah 3 Bulan Tak Bergaji Serbu Pejabat Majikan -Wira Corps

Pengawal Keselamatan Sekolah 3 Bulan Tak Bergaji Serbu Pejabat Majikan -Wira Corps

Pagi tadi rombongan pengawal keselamatan sekolah dari Port Dickson ke pejabat majikan mereka di Selayang demi menuntut gaji 3 bulan tertunggak.

Syarikat Wira Corps, yang menaungi 39 pekerja keselamatan sekolah di Port Dickson, berulang kali gagal membayar gaji pekerja sejak tahun lepas lagi.

Setelah proses rundingan yang memakan masa sehingga 2 petang, wakil syarikat Encik Taufiq Nagoor menandatangi memorandum perjanjian yang menyatakan gaji akan tiba dalam 2 minggu. Salinan memorandum penuh dijanjikan akan dikongsi pada wakil pekerja sebelum pukul 5.

Tetapi sehingga pukul 8 malam tadi, masih tiada salinan perjanjian diberikan kepada pekerja.

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!