SALAM PERJUANGAN BUAT RAKAN-RAKAN PEKERJA KONTRAK

SALAM PERJUANGAN BUAT RAKAN-RAKAN PEKERJA KONTRAK.

1) Baru-baru ini JPKK telah menghantar senarai nama-nama syarikat yang gagal melaksanakan gaji minima rm1500.

2) Sebanyak 127 senarai kontraktor dari seluruh negeri dikumpulkan dan telah berjaya diserahkan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia.

3) Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berjanji untuk membuat siasatan menyeluruh terhadap kesemua syarikat ini.

4) Timbalan Pengarah juga akan merahsiakan segala maklumat dan identiti pekerja yang membuat aduan kepada mereka.

5) Pihak JPKK amat berharap agar rakan-rakan pekerja dapat menghubungi JPKK semula sekiranya dalam masa satu bulan ini tiada apa-apa tindakan dari pihak syarikat berkenaan isu pembayaran gaji minima.

Bersama kita melawan penindasan!

Hubungi SiAP untuk membuat aduan!

SiAP hotline: 🔊 011-10767989.

📍SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN PEKERJA📍

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!